Khamis, 28 Mac 2013

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Bayar bil tapi masih tak dapat air

Posted:

Ampang: "Kami pun tak tahu sampai bila perkara ini berlanjutan kerana sudah tiga hari bekalan air tiada selepas dipotong Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)," kata penduduk Apartmen Angsana, Fauziah Mohamad.

Fauziah, 42, berkata, situasi itu timbul apabila Badan Pengurusan Bersama (JMB) gagal menjelaskan bil kepada syarikat konsesi air berkenaan lebih tiga bulan lalu menyebabkan nilai tunggakan mencecah lebih RM11,000.


Katanya, pihak pengurusan tidak amanah dalam mengendalikan bil lebih 600 penduduk kerana rata-rata mereka membayar bil air selain elektrik dan kos penyelenggaraan.

Malah, lebih membimbangkan apabila penduduk mendakwa pengurusan mengenakan caj air yang melampau jumlahnya melebihi RM100 sebulan.


"Sejak JMB ini mengambil alih tugas di sini tiga tahun lalu kami dikenakan caj air yang melampau. Kami sering mengadu namun jawapan diberikan kemungkinan paip air atau meter perlu ditukar.


"Apabila saya sendiri menukar meter, masih tiada perubahan. Saya berasa pelik kerana saya tidak memasak langsung di rumah dan hanya menggunakan air untuk mandi dan mencuci pakaian apabila lebih separuh masa diluangkan di kedai makan berhadapan apartmen," katanya ketika ditemui, semalam.

Foto

PENDUDUK, Norizam Husin, menunjukkan meter air yang dikunci SYABAS.

Fauziah mendakwa, penduduk juga tidak diberikan resit bayaran atas apa-apa urusan dan maklumat mereka tidak direkodkan secara terperinci menyebabkan dia mempunyai tunggakan walaupun bil sudah dijelaskan.


Sementara itu, Pengerusi JMB baru Apartment Angsana Datuk Aida Ismail ketika dihubungi semalam berkata, pengurusan lama menyerahkan akaun penduduk dalam keadaan tiada baki menyebabkan pihaknya buntu dalam menyelesaikan masalah itu.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/28
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved