Harian Metro: Setempat |
Posted: Seremban: Seorang wanita mengalami detik mengerikan apabila melihat kakak kandungnya maut dalam keadaan tragik selepas lehernya tertusuk sebatang besi yang terjatuh daripada lori yang berselisih dengan kereta dinaiki mereka di Jalan Batu 8, Kampung Nyatoh, di sini, semalam. Dalam kemalangan jam 10.45 pagi, V Inthirani, 50, maut di tempat kejadian selepas lehernya cedera parah ditusuk besi sepanjang setengah meter.
Katanya, sampai di lokasi kejadian, kereta dinaiki mereka berselisih dengan sebuah lori satu tan tanpa muatan.
KEADAAN kereta V Inthirani yang terbabit nahas. ANGGOTA polis trafik menunjukkan besi yang terjatuh dari lori. Melihat keadaan kakaknya yang nazak, Thilaga menjerit meminta tolong sebelum beberapa pengguna jalan raya dan penduduk berhampiran datang membantu.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri Asisten Superintendan Abdul Halil Hamzah yang mengesahkan kejadian itu berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan