Harian Metro: Arena |
Posted: 13 May 2013 10:02 AM PDT Kuala Lumpur: Hendrawan (gambar) tumpang gembira dengan kejayaan Misbun Ramdan Misbun yang merangkul kejuaraan kedua di Terbuka Slovenia kelmarin, namun menafikan dakwaan beliau gagal menjadikan anak legenda badminton negara, Misbun Sidek sebagai juara ketika bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM). "Prestasi Ramdan sememangnya meningkat ketika berada di BAM lagi dan tahun lalu, kami juga mengatur untuk pemain saya beraksi di tiga kejohanan Eropah, tapi hanya sempat beraksi di dua kejohanan kerana terpaksa pulang untuk menyertai Piala Axiata. Malah Ramdan ketika itu mara ke final Terbuka Belanda," kata jurulatih pemain perseorangan negara itu.
Hendrawan juga enggan meramal, berapa lama masa diperlukan Ramdan untuk tampil sebagai pemain kelas dunia kerana beliau tidak tahu perancangan dan program Nusa Mahsuri serta jurulatihnya, Misbun Sidek.
"Malah ketika berada di luar negara, pemain saya juga berlatih bersama-sama dengan Ramdan, begitu juga dengan Zulfadli Zulkifli." Ketika ditanya apakah Ramdan patut berada dalam senarai skuad Piala Thomas negara, di New Delhi, India tahun depan, beliau berkata: "Terpulang kepada polisi BAM. Secara peribadi saya mahu pemain terbaik mewakili negara dan untuk merebut tempat dalam pasukan itu, saya rasa apa yang ditunjukkan Ramdan ini memberi cabaran yang baik kepada Iskandar Zulkarnain dan Goh Soon Huat." Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/14 |
Posted: 13 May 2013 09:55 AM PDT Kuala Lumpur: Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh enggan membuat andaian, kemungkinan tindakan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), memberi tiket wild kad kepada Lin Dan untuk beraksi di Kejohanan Dunia, sebagai konspirasi 'balas dendam' terhadapnya yang menarik diri daripada menjadi calon Presiden BWF dan berpaling menyokong calon Asia, Justian Suhandinata dari Indonesia. Ketika diajukan soalan terbabit, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) itu ringkas berkata: "Itu saya tidak tahu." Pemangku Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC) itu lebih gemar meletakkan tindakan BWF dari sudut positif, iaitu Lin Dan sebagai bahan tarikan kejohanan.
Namun definisi 'ternama' tidak semestinya terletak kepada nama yang popular, sebaliknya atlet yang berada di ranking tertinggi. Mungkin dari sudut ini, BWF tersilap pengiraan.
Namun kebanyakan media antarabangsa mempertahankan betapa pentingnya kehadiran Lin Dan kerana menganggap pemain itu sebagai pemain badminton terbaik sepanjang zaman.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan