Harian Metro: Arena |
Posted: 16 May 2013 11:22 AM PDT Kehadiran Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan bakal memberi sinar kepada bolasepak negara untuk terus berkembang di pentas lebih tinggi. Pandangan itu disuarakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyambut baik pelantikan Khairy menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Hamidin yakin bekas orang nombor dua FAM selama tiga tahun bermula 2007 adalah individu paling layak membantu pembangunan bolasepak tempatan terutamanya dalam meletakkan skuad negara ke tahap lebih membanggakan.
KHAIRY keluar dari perkarangan Istana Negara selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Dan Mengangkat Sumpah Jawatan di hadapan Yang DiPertuan Agong, semalam. |
Posted: 16 May 2013 10:03 AM PDT London: Jenson Button, pemandu terakhir yang memenangi Grand Prix bersama Honda cukup teruja apabila mengetahui pengeluar kereta dari Jepun itu kembali ke Formula Satu sebagai rakan kongsi enjin bersama pasukannya McLaren bermula 2015. Juara dunia 2009 dari Britain itu yang memenangi Grand Prix Hungary untuk Honda pada 2006 setia bersama Honda hingga mereka meninggalkan sukan itu dua tahun kemudian dan pengumuman di Tokyo berita baik untuk semua peminat F1.
"Malah kini mula membayangkan dengan jelas kereta merah dan putih yang membangkitkan kenangan beberapa perlumbaan paling dramatik dan menarik dalam dunia permotoran yang pernah dilihat." Honda dan McLaren sebelum itu mengumumkan perjanjian, memperbaharui perkongsian yang bermula 1988 hingga 1992 ketika bekas pemandu dari Brazil Ayrton Senna dan Alain Prost Perancis menguasai sukan itu.
"Saya tahu bagaimana Honda begitu bersemangat mengenai sukan permotoran dan khususnya F1," kata Button yang berhijrah ke McLaren pada penghujung 2009. - Reuters Artikel ini disiarkan pada : 2013/05/17 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan