Harian Metro: Arena |
Posted: 18 May 2013 08:13 AM PDT London: Arsene Wenger yakin skuadnya sudah tidak lagi dibayangi Robin van Persie dan kini memberi sepenuh tumpuan melaksana misi merebut tiket automatik ke Liga Juara-Juara dengan mengatasi Newcastle, hari ini. Gunners sebelum ini hambar hingga dikritik teruk musim ini apabila jatuh ke kedudukan ke-10 hingga kelihatan tidak mampu merebut empat tangga teratas selepas tewas kepada Tottenham 3 Mac lalu.
Wenger menganggap pencapaian ini bukti kekuatan karakter pasukan yang dibina di sekeliling Lukas Podolski, Santi Cazorla dan Olivier Giroud selepas pemergian Van Persie ke Manchester United dengan nilai £24 juta (RM109 juta).
PODOLSKI (kanan) menjadi tonggak serangan Arsenal. "Kejayaan menjinakkan Bayern di gelanggang lawan sangat penting kerana seluruh pasukan kembali yakin. Saya tidak pernah berasa barisan pemain kehilangan fokus, cuma kami kurang yakin buat sementara waktu.
|
Posted: 18 May 2013 08:08 AM PDT Kuala Lumpur: Hari ini bermulalah cabaran badminton seluruh dunia menentang China, apabila saingan Piala Sudirman bermula. Penilaian atas kertas mahupun pendapat semua jurulatih menggelarkan China, awal-awal lagi sebagai juara sebelum kejohanan bermula, namun elemen kejutan bukan perkara mustahil dalam acara berpasukan, apa lagi pasukan campuran.
"China memang amat kuat, pasukan kami bukan terkuat tapi kami boleh menang," kata Pengarah Sukan Denmark, Finn Traerup-Hansen.
Selaku tuan rumah, banyak yang mahu dibuktikan pemain badminton negara yang diketuai perseorangan nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei,mungkin juga tuah yang selama ini tidak mengiringi Chong Wei untuk meraih gelaran utama dunia, akan ditebus secara berpasukan, semuanya bukan mustahil namun, mereka perlu menangani cabaran Taiwan dengan misi wajib menang.
Sonia Cheah yang mendapat suntikan moral dua kali menewaskan pemain nombor sembilan dunia, Tai Tzu Ying ada kemampuan untuk mengulangi kecemerlangan di hadapan penonton sendiri, namun semangat di Piala Axiata bulan lalu dengan Piala Sudirman, pasti berbeza bagi Tzu Ying kerana kali ini dia bermain untuk negaranya.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Arena To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan