Harian Metro: Setempat |
Posted: 16 May 2013 11:21 AM PDT Nilai: Guru di negara ini perlu memiliki wawasan unggul untuk mentransformasikan pelbagai aspek pendidikan, berpemikiran aras tinggi dan mampu berinovasi bagi melaksanakan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 untuk melonjakkan kualiti pendidikan negara ke tahap bertaraf dunia. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bagi menyahut hasrat itu, guru perlu sentiasa berusaha meningkatkan keberhasilan sekolah dan murid.
"Kebolehan kita untuk bersaing bergantung kepada kelebihan daya saing kita yang ditentukan oleh kemampuan minda dan keupayaan berfikir pada aras tinggi (KBAT)," katanya.
MUHYIDDIN bersalam dengan tetamu yang hadir pada Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-42 di Stadium Tertutup Nilai, malam tadi sambil diiringi Mohamad. Muhyiddin berkata, aspek pendidikan guru menjadi agenda utama kementerian bagi pemerkasaan guru melalui latihan berterusan dan untuk itu Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD) baharu dan pengkalan data pengesanan CPD bertujuan memantap dan mengukuhkan ilmu pengetahuan akan dilaksanakan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan