Harian Metro: Setempat |
Posted: 18 May 2013 10:19 AM PDT Baling: "Saya tiba-tiba rasa sakit sebelum melihat darah berlumuran pada muka dan membasahi pakaian sekolah lalu terus memanggil ibu dua kali kerana mahu pitam dan berpaut tiang gol di padang bola bagi mengelak rebah." Begitu kata murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Kampung Bandar, Siong, Nuralia Shamimi Mohd Jefri, 10, apabila menerima 14 jahitan pada muka selepas terkena 'objek terbang' ketika berjalan pulang ke rumah yang terletak kira-kira 500 meter dari sekolahnya.
Nuralia dari Kampung Terbak, Mukim Siong berkata, sebaik tamat sesi persekolahan, dia berjalan bersama dua rakan, Nur Ainun Mardiah Mohd Karim, 10, dan Nuraidah Thaqifah Samsuri, 10, ke rumah masing-masing melalui kawasan padang bola sekolah.
KESAN kecederaan pada muka Nuralia akibat terkena objek terbang dipercayai besi. "Saya tidak tahu nak buat apa kerana darah keluar begitu banyak sambil menangis kerana terlalu sakit dan rasa kebas. Saya hanya memanggil ibu sebanyak dua kali. Mujur saya bersama rakan, kalau seorang diri tentu keadaan lebih teruk," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
"Namun kawan cakap, objek itu mai (datang) dari sebuah traktor mesin rumput dekat padang sekolah. Mereka nampak, objek itu keluar dari tayar traktor dan terus terbang ke arah kami.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan