Rabu, 19 Jun 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pilu panggilan 'abang'

Posted: 18 Jun 2013 11:13 AM PDT

Pasir Mas: Adik tiri kepada tiga beradik yang lemas di Sungai Golok kelmarin, tiba-tiba memanggil abangnya walaupun baru pandai bercakap beberapa perkataan sehingga menimbulkan suasana pilu, malam kelmarin.

Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Nor Asikin Abdul Rahman, 41, berkata anak sulungnya daripada dua beradik, Muhammad Syafaat Abdul Ghafar yang baru berusia setahun hasil perkahwinan kedua dengan Abdul Ghafar Musa, 51, tiba-tiba menyebut perkataan abang seolah-olah memanggil ketiga-tiga abangnya itu.

"Syafaat baru pandai bercakap dan dia menyebut perkataan abang malam tadi," katanya pilu ketika ditemui selepas majlis pengebumian ketiga-tiga anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, Rantau Panjang, di sini, semalam.

Jenazah Muhammad Zulhilmi Aziz, 7, Muhammad Syahmi,6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 11.10 pagi, semalam.

Foto

NOR Asikin kiri) mengucup jenazah anak-anaknya.


Harian Metro semalam melaporkan tiga beradik itu lemas ketika mandi di Sungai Golok berhampiran rumah mereka di Kampung Rahmat Hilir, kira-kira jam 4 petang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19

'Saya bukan wanita psiko'

Posted: 18 Jun 2013 11:13 AM PDT

Kuala Lumpur: "Dakwaan kononnya saya perempuan aneh dan psiko sangat melampau dan saya tidak akan berdiam diri kerana saya bukannya bodoh seperti mana dia sangkakan," kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Farah, 21 yang ditangkap khalwat bersama aktor Shahz Jaszle di sebuah unit Apartmen Taman Sri Subang, 16 Mei lalu.

Jelas Farah yang ditemui semalam, dia kesal dengan kenyataan Shahz atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle Jasmin yang sudah pun bertunang dengan Redzwani Puteri Disember lalu bagi menyelamatkan diri sendiri dan menutup sikap curang terhadap tunangnya.

Katanya, yang bekerja di sektor perbankan itu, dia terkejut membaca kenyataan Shahz dalam akhbar semalam kerana semuanya adalah penipuan dan permainan 'murah' seorang lelaki yang ingin lari daripada masalah.

"Bukti dan saksi yang tahu kami bercinta ada pada saya dan jangan sampai semuanya didedahkan jika keadaan mendesak. Malah, saya masih menyimpan semua perbualan kami menerusi BBM (Blackberry Messenger) di telefon bimbit sebagai bukti.

Foto

FARAH ditemubual wartawan Harian Metro.


"Saya tidak teragak untuk membawa semua saksi dan bukti itu kepada media asalkan nama baik saya dan keluarga dapat dibersihkan. Jika benar dia (Shahz) bercakap benar, datang bersemuka atau kita berdepan pihak media bersama," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/19
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved