Ahad, 21 Julai 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Keluarga paksa pulang

Posted: 20 Jul 2013 01:04 PM PDT

Kuala Lumpur: Dulu wanita ini dan pasangannya dibiar merempat bawah jejambat di tepi Sungai Klang, di sini, namun selepas kelahiran bayi sulung, Isnin lalu, 'skrip' kehidupan mereka tiba-tiba berubah.

Maya, 23, suaminya, Zaki, 29, serta bayi lelaki mereka dipaksa mengikut keluarga pulang ke kampung wanita berkenaan di Arau, Perlis, walaupun sebelum ini dia mendakwa langsung tidak dihiraukan keluarga.

Insiden perebutan bayi itu berlaku kira-kira sejam di pekarangan Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur kelmarin, antara Maya dan tiga abang serta bapa saudaranya yang datang dari Perlis untuk mengambil mereka bertiga sebaik pasangan gelandangan itu dibenarkan keluar pada hari sama.

Wartawan Metro Ahad yang berada di situ atas pelawaan Zaki mendapati, suasana tegang antara Maya dan keluarganya turut menarik campur tangan rakan gelandangan mereka yang hadir untuk melawat, seterusnya mencuri tumpuan kakitangan HKL serta pesakit lain.

Foto

MAYA (berkerusi roda) keluar dari Wad Bersalin, HKL sebelum dibawa tinggal bersama keluarga angkat.

Foto

ZAKI, Maya dan bayi tinggal sementara di rumah keluarga angkat di pinggir ibu kota.


Ini kerana, Maya tetap dengan keputusan tidak mahu mengikut keluarganya pulang ke kampung, sebaliknya ingin tinggal bersama Zaki dan bayi lelakinya di ibu kota.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21

Tunjuk aksi sampai mati

Posted: 20 Jul 2013 01:04 PM PDT

Georgetown: Aksi sekumpulan mat rempit menunjukkan lagak di jalan raya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, Muhamad Nor Faiz Khan, 16, maut di lokasi kejadian selepas cedera teruk di kepala dan badan apabila motosikal ditunggangnya merempuh belakang kereta.

Lebih menyayat hati apabila kejadian berlaku kurang 100 meter dari rumahnya di Flet Mutiara Idaman, di sini, malah beberapa rakan mangsa meninggalkannya sejurus kemalangan berlaku.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kumpulan remaja bermotosikal terbabit cuba menunjukkan lagak mereka dengan menunggang secara berbahaya di sekitar kawasan itu.

Foto

MUHAMAD Nor maut di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, semalam.


"Ketika itu, polis mengarahkan mereka beredar, tetapi kumpulan remaja berkenaan berdegil dan masih mahu menunjukkan aksi lagak ngeri.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/21
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved