Khamis, 25 Julai 2013

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Ajal dalam tidur

Posted: 24 Jul 2013 01:45 PM PDT

Kuala Lumpur: "Dua hari lalu saya berjumpa arwah ketika menghantar sambal ikan bilis kerana dia memang sukakannya. Kami juga berbual seperti biasa sambil bergelak ketawa. Tiada langsung tanda-tanda arwah akan pergi selama-lamanya, lebih-lebih lagi dia tidak menghidap apa-apa penyakit kronik."

Demikian kata Noorkumalasari Mohamed Taib (Noor), 57, anak kepada seniwati veteran, Datin Umi Kalthum, 81, yang meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini, jam 4 pagi semalam.

Noor berkata, dia dikejutkan suaminya, Wan Mohamad Yusof memaklumkan Umi sudah meninggal dunia selepas menerima panggilan telefon daripada Noraini kira-kira jam 4.30 pagi. Kejadian itu disedari anak Noraini yang mendapati arwah tidak bergerak ketika mengejutkannya untuk bersahur.

Noor yang menerima berita sedih itu dengan tenang berkata, arwah ibunya adalah seorang yang cergas sepanjang hayatnya dan hanya menghidap sakit-sakit biasa seperti sakit lutut.

Foto

NOORKUMALASARI (kanan) sebak menatap jenazah ibunya.


"April lalu saya bawa ibu mengerjakan umrah dan seperti biasa saya akan tolak kerusi rodanya. Ketika itu ibu kata dia menyusahkan saya, tapi saya jawab tak mengapa kerana Allah SWT nak beri saya pahala.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25

Jeritan dimamah api

Posted: 24 Jul 2013 01:45 PM PDT

Kota Tinggi: "Saya terdengar jeritan kanak-kanak menjerit meminta tolong dalam rumah jiran yang terbakar, malangnya saya tidak mampu berbuat apa-apa kerana api sudah marak," kata Noraini Omar, 41, jiran mangsa kebakaran tiga bersaudara di Jalan Belinjau 4, Taman Kota Jaya di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang dikenali sebagai Ain, 26, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui dalam keadaan separuh rentung bersama dua mangsa lain berhampiran pintu depan rumah teres itu manakala dua penghuni lain yang melecur terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.

Noraini berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan sebaik keluar mendapati rumah jirannya sedang terbakar.

"Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum menelefon bomba sambil menyiram hos getah ke arah rumah mangsa," katanya.

Foto

KEADAAN rumah didiami tiga bersaudara hangus terbakar.


Sementara itu, ibu saudara seorang daripada mangsa, Fadillah Rajab, 41, berkata, tidak menyangka perubahan sikap anak saudaranya dikenali sebagai Ain, 26, yang banyak berdiam diri berbanding sebelum ini yang suka menyanyi dalam van ketika dalam perjalanan ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kota Kecil, di sini, menjadi petanda dia akan meninggal dunia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/07/25
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved