Sabtu, 13 April 2013

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


'Semua peserta dihidangkan kari'

Posted: 12 Apr 2013 01:24 PM PDT

"Saya sebenarnya sudah mengemukakan masalah berkaitan makanan yang disediakan kepada penganjur dan tiada apa boleh saya lakukan jika mereka tidak mengubahnya".

Penjelasan itu diberikan pengurus skuad trek negara pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) di India, Ibrahim Mustapa berhubung isu makanan yang dibangkitkan jaguh berbasikal negara Azizulhasni Awang semasa skuad negara menyertai kejohanan itu bulan lalu.


Menurut Ibrahim, makanan berasaskan kari menjadi kebiasaan di negara itu dan semua atlet negara lain turut dihidangkan menu sama.

"Saya sudah panjangkan kepada jawatankuasa terbabit semasa di New Delhi dan sudah menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus, tindakan selepas itu terpulang kepada penganjur sepenuhnya. "Saya lihat semua pelumba negara lain turut mendapat menu sama kecuali beberapa pelumba yang membawa makanan sendiri," katanya yang juga Setiausaha Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).


Ibrahim yang sebelum ini dipalit kontroversi membabitkan lagu NegaraKu apabila didakwa berada di Taj Mahal hingga menimbulkan kekalutan semasa penyampaian pingat emas pertama skuad trek negara menjurus PKBM menghadapkan beliau kepada Jawatankuasa Disiplin.


Ibrahim terus dikaitkan dengan beberapa insiden lain dengan Azizulhasni kelmarin mendedahkan mereka disajikan masakan kari sepanjang hari selain masalah berkaitan dobi.

"Kadang kala kita perlu mengikut pemakanan negara terbabit. Tidak boleh terlalu memilih," kata Ibrahim.


Menjelaskan masalah berkaitan dobi, Ibrahim berkata, sememangnya tiada peruntukan disediakan untuk pelumba dan pegawai pada kejohanan itu.

"Pelumba negara lain turut membasuh sendiri pakaian mereka, begitu juga saya. Malah setiap pelumba negara sudah diberikan duit poket bagi kegunaan mereka." Selain kepincangan membabitkan skuad trek negara, beberapa insiden membabitkan pelumba lebuh raya negara yang gagal didaftarkan untuk bertanding sudah mendapat perhatian PKBM untuk tindakan susulan Jawatankuasa Tatatertib.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13

Israel tangkap remaja warga AS

Posted: 12 Apr 2013 10:29 AM PDT

Baitulmaqdis: Tentera Israel menahan seorang remaja Palestin warga Amerika Syarikat sejak seminggu lalu selepas menyerbu kediaman keluarganya dan menangkapnya atas dakwaan melontar batu pada kenderaan Israel.

Bapa remaja itu, Abdelwahab Khalek berkata, anaknya, Mohammad, 14, ditangkap Jumaat lalu oleh lapan anggota tentera rejim Zionis.


Tentera Israel mengesahkan tangkapan itu dan berkata penahanan Mohammad dilanjutkan sehingga esok.

Abdelwahab, peniaga kereta yang berulang-alik antara Tebing Barat dan New Orleans kerana urusan perniagaan, tidak dibenarkan melawat anaknya di penjara.


Bagaimanapun, dia berjaya bercakap dengannya tiga kali ketika di mahkamah dengan yang terbaru apabila remaja itu didakwa secara rasmi kelmarin, Peguam Mohammad, Randa Wahbe berkata, remaja itu disoal siasat selama beberapa jam dan pada satu peringkat, diserang sehingga pendakap giginya patah. Menurutnya, Mohamad diberitahu oleh penyiasat Israel dia akan dibebaskan jika mengaku melakukan kesalahan itu.


Pegawai pejabat konsular Amerika Syarikat enggan mengulas.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/13
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved