Jumaat, 3 Jun 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Rekaan berkonsep mewah, unik

Posted: 03 Jun 2011 11:52 AM PDT

MENJADI lumrah, selain rekaan gaun yang menyerlah, sisi peribadi pereka pastinya menjadi subjek utama yang akan menjadi bualan pada majlis perkahwinan. Malah, ada berpendapat jika ingin tampil anggun dan versatil pada majlis persandingan, pilih rekaan daripada pereka terkenal kerana mereka mempunyai aura tersendiri.

Daripada sudut lain, ramai mengakui keindahan busana berbeza mengikut siapa perekanya. Keunikan dapat dilihat menerusi potongan, jahitan manik atau tampalan fabrik yang menjadi latar kepada keanggunan mempelai.

Bagi mempelai yang pernah berangan ingin menggayakan rekaan gaun daripada pereka terkenal antarabangsa, impian anda mungkin menjadi kenyataan dengan pembukaan butik Designer Bridal Room (BDR) yang menawarkan gaun pengantin daripada pereka termasyhur seperti Pronovias, Manuel Mota, Rosa Clara, Elie Saab, Reem Acra, St Patrick, Christian Lacroix, Lusan Mandongus dan Annasul Y.

Menurut Pengarah Urusan DBR, Hoi Lai Leng, dia tertarik membuka butik yang menyediakan rekaan pereka Eropah dan Amerika Syarikat kerana konsep sebegini belum ada di Malaysia.


"Saya mahu menjadi pencetus kepada idea terkini yang akan memberikan kelainan daripada segi penciptaan gaun pengantin di Malaysia," katanya ketika majlis pelancaran pembukaan butik baru di Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Butik yang beroperasi hampir tiga tahun ini mencatatkan kejayaan tersendiri apabila menampilkan rekaan berkonsep mewah dan unik serta turut melayan permintaan pelanggan secara individu mengikut tema dan konsep yang mereka inginkan.

"Saya menyediakan rekaan sedia pakai daripada sembilan pereka dan mempelai hanya perlu memilih ukuran saja. Namun, begitu mereka yang berminat untuk membuat tempahan mengikut konsep majlis boleh berbuat demikian lebih awal kerana saya perlu memaklumkan kepada pereka secepat mungkin," jelasnya.

Menerusi koleksi yang terhad, Hoi cuba mengetengahkan hanya rekaan berkualiti bertepatan personaliti pengantin masa kini yang inginkan rekaan berkonsepkan kontemporari.

Rekaan Christian Lacroix misalnya menggambarkan unsur kemewahan, glamor dan anggun menggabungkan seni klasik dan moden. Ini kerana dia tidak suka kepada gaya tradisional saja kerana berasaskan kepada falsafah barat, gaun pengantin umpama penari balet atau pelakon teater yang membuat pementasan di pentas utama.

Bagaimanapun, menurutnya, rata-rata wanita Malaysia pasti terpesona dengan keanggunan rekaan Elie Saab dari Beirut, Lubnan kerana ilhamnya yang seksi serta feminin.

"Pereka ini semakin meningkat naik menerusi rekaan yang semakin diterima di Eropah kerana dia bijak menggabungkan budaya tradisi Timur Tengah dan Eropah yang pastinya unik serta ada kelas tersendiri," katanya.

Pengarah Kreatif Kumpulan Pronovias yang terkenal dalam industri pakaian pengantin di Sepanyol menghasilkan rekaan berlatar belakang Mediterranean yang indah serta dipenuhi nilai kehidupan ceria. Menggunakan label Manuel Mota, pereka ini sering memenuhi keinginan mempelai sama ada berkonsep klasik, kontemporari atau sederhana.

Menurut Hoi, himpunan di bawah jenama Christian Lacroix tampil menyerlah kerana mempamerkan unsur kesenian serta terkenal dengan gaun pengantin putih konvensional. Rekaannya sentiasa istimewa dan mengagumkan manakala nama seperti Annasul Y menyajikan rekaan eksentrik dengan ultra glam retro sekitar 1920-an.

Lusan Mandongus pula yang berpengalaman hampir 17 tahun dalam rekaan gaun pengantin diiktiraf kerana mempunyai seni jahitan yang halus dan teliti. Dia menjadi perintis bagi gaun pengantin yang cukup sempurna di Hong Kong, mengambil inspirasi daripada elemen ketimuran.

"Rekaannya sentiasa menjadi pujaan kerana menampilkan unsur glamor, bersifat kewanitaan dan romantik sesuai untuk pengantin moden," katanya.

Meskipun pada peringkat awal Designer Bridal Room hanya membawa beberapa jenama utama dari Eropah, Hoi tidak menolak akan mengimport lebih banyak label terkemuka dari semasa ke semasa, sejajar dengan perubahan gaya dunia.

"Fesyen gaun pengantin tidak bertukar dengan drastik pada setiap musim berbanding gaya pakaian sedia dipakai. Sebab itu saya hanya menukar dalam tempoh sekali atau dua kali setahun saja," ujarnya.

Menurutnya, sasaran pelanggan tidak tertumpu kepada wanita berpendapatan tinggi saja kerana semua wanita mampu mengenakan pakaian daripada label Designer Bridal Room.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ringkas tapi bergaya

Posted: 03 Jun 2011 11:18 AM PDT

RINGKAS, praktikal dan nyata bergaya - begitu rekaan terkini yang disediakan dalam himpunan beg tangan CR2 kali ini.

Bagi mereka yang ingin mencuba kelainan menerusi sentuhan yang cukup feminin, antara yang mencuri perhatian adalah beg tangan yang diberikan suntikan renda didatangkan dalam rekaan rona kelabu dan hitam.

Beg kelabu itu hadir dengan corak geometri berserta tali pemegangnya yang menampilkan rekaan berkedut. Bagi mereka yang gemarkan rona hitam, beg yang juga hadir dengan rekaan renda itu nampak sesuai untuk acara kasual.

Untuk gaya kasual juga, salah satu rekaan dalam koleksi musim bunga dan panas 2011 yang diberi sentuhan denim antara pilihan menarik.


Selain denim biru, beg tote ini juga didatangkan dalam rona ceria merah jambu.

Bagi mereka yang gemarkan beg rona semula jadi, beg bersaiz besar rona perang muda memang sesuai. Boleh memuatkan pelbagai barang, beg ini kelihatan bergaya bukan saja untuk ke pejabat, malah ke mana saja.

Untuk koleksi kali ini, semua rekaan berkenaan boleh didapati pada harga
antara RM129 (beg rekaan denim) sehingga RM169 untuk beg yang diberi sentuhan renda.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved