Jumaat, 3 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Maut dirempuh sepupu sendiri

Posted: 02 Jun 2011 11:55 AM PDT

ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga emas yang digelar Penghulu Rimba di kalangan penduduk Simpang Ampat, dekat sini, maut dalam kemalangan dan lebih menyedihkan dia dirempuh kereta dipandu sepupunya sendiri ketika mangsa mahu melintas jalan di Kampung Kemus Dalam, kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

Kamis Kasan, 72, yang baru pulang dari pasar malam di sebuah taman berdekatan, dilanggar kereta Kancil dipandu sepupunya, Jamil Sidi, 47, yang dalam perjalanan dari Tampin ke Simpang Ampat.


Jamil tidak menyedari mangsa berada di tengah jalan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taboh Naning.

Menurut Jamil, ketika menghampiri tempat kejadian tiba-tiba sepupunya yang bertongkat dan memakai kopiah putih melintas jalan tanpa menoleh kiri dan kanan jalan.


"Dari jauh saya tak sedar arwah berdiri di tengah jalan kerana agak gelap untuk melintas jalan tambahan pula kenderaan berderet di kiri dan kanan jalan membuatkan mata saya lebih tertumpu pada cahaya kenderaan yang lalu lalang.


"Apabila kenderaan saya semakin hampir dengan arwah yang berdiri itu tiba-tiba dia melintas menyebabkan saya tidak sempat menekan brek lalu merempuhnya menyebabkan dia melambung ke atas cermin depan kereta.

"Sedih dan amat terperanjat kerana saya langgar sepupu sendiri. Saya kesal, tapi kejadian sudah berlaku," katanya ketika ditemui.


Menurut Jamil, dia trauma mengenangkan sepupunya yang bertongkat melambung ke atas keretanya hingga cermin hadapan keretanya pecah sebelum tercampak semula ke tengah jalan raya.

"Saya tergamam sebaik kejadian berlaku dan ketika itu arwah masih bernafas sebelum meninggal tidak lama selepas itu," katanya.


Sementara itu, adik bongsu mangsa, Che Tom Kasan, 55, berkata abangnya yang mendapat gelaran Penghulu Rimba kerana sikapnya yang gemar berjalan sambil bertongkat untuk ke mana-mana termasuk ke kampung bersebelahan datang menjenguknya kira-kira jam 1 tengah hari kelmarin untuk makan tengah hari sebelum keluar jam 4.30 petang.ya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkosa lepas singgah ‘mandi’

Posted: 02 Jun 2011 11:46 AM PDT

AMPANG: Dua remaja perempuan berusia 14 dan 17 tahun mendakwa dirogol teman lelaki masing-masing selepas tertidur di ruang tamu sebuah rumah pangsa, Taman Keramat, di sini, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian dua remaja itu mengikut teman lelaki mereka berusia 23 dan 19 tahun bersiar-siar sebelum singgah di rumah bapa saudara seorang daripada lelaki terbabit kira-kira jam 4 pagi.


Katanya, seorang daripada teman lelaki mangsa memberi alasan singgah di situ kerana mahu mandi dan perlu ke tempat kerja selepas itu.

"Sementara menunggu kedua-dua lelaki itu mandi, mangsa tertidur di ruang tamu rumah sebelum mereka dirogol teman lelaki masing-masing di ruang tamu dan dalam bilik. Kedua-dua suspek mengugut mangsa supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada keluarga," katanya.


Menurutnya, mangsa dihantar ke stesen Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran dan ditinggalkan di situ.


Sumber itu berkata, sejurus pulang mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarga masing-masing sebelum kedua-dua keluarga berang dan mencari suspek.

Berikutan itu, seorang daripada ahli keluarga mangsa mengamuk sehingga berlaku pergaduhan di rumah suspek sebelum sepasukan polis tiba di tempat kejadian.


Menurutnya, kedua-dua suspek terbabit ditahan bagi membantu siasatan manakala mangsa dihantar ke hospital bagi pemeriksaan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kedua-dua suspek direman sehingga 6 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved