Isnin, 13 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Pasangan cemar tasik

Posted: 12 Jun 2011 10:32 AM PDT

SHAH ALAM: Keindahan taman tasik berhadapan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini, dicemari gelagat beberapa pasangan kekasih yang tanpa segan silu melakukan aksi manja di tempat awam.

Pasangan yang asyik bercinta itu berpelukan dan berciuman di kerusi rehat yang disediakan untuk orang awam.


Telatah merpati dua sejoli terbabit diperhatikan orang awam di kawasan itu, tetapi ia tidak diendahkan pasangan terbabit.

Menurut pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Mah, 37, dia terkejut melihat telatah mereka kerana ia tidak boleh diterima masyarakat Melayu yang kaya nilai budaya timur.


"Walaupun jika mereka sah sebagai suami isteri sekalipun, ia tidak bermaksud mereka sewenang-wenangnya boleh melakukan aksi tidak senonoh di tempat awam," katanya ketika ditemui di sini.


Status pasangan terbabit sama ada berkahwin mahupun bujang tidak diketahui. Namun, rata-rata pengunjung menggeleng kepala melihat aksi mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tukar RM93,000 rugi RM83,000

Posted: 12 Jun 2011 10:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akibat terpengaruh dengan tawaran wang tunai RM93,000 sebagai ganti untuk hadiah percutian ke New Zealand dan Australia, seorang pegawai pemasaran kerugian kira-kira RM83,000 dalam kejadian baru-baru ini.

Difahamkan, pegawai pemasaran yang dikenali sebagai Liew, 44, menerima panggilan daripada wakil sebuah syarikat yang didakwa berpangkalan di Hong Kong ketika dia berada di sebuah pusat perubatan swasta untuk menjalani rawatan kesihatan, awal bulan ini.


Liew berkata, wakil syarikat terbabit memaklumkan dia memenangi hadiah percutian ke New Zealand dan Australia, tetapi disebabkan faktor kesihatan, dia menolak tawaran hadiah berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit menyatakan dia boleh menukar hadiah terbabit kepada wang RM93,000 dan tanpa mengesyaki sesuatu dia menerima tawaran terbabit serta berjanji membayar RM6,620 untuk bayaran cukai seperti ditetapkan syarikat antarabangsa itu.


"Selepas saya masukkan bayaran untuk cukai ke akuan milik seorang lelaki bernama Ong, wakil syarikat itu menghubungi saya supaya memasukkan pula RM8,935 untuk menjadi ahli syarikat yang akan membolehkan saya memenangi sebentuk cincin permata," katanya di sini.


Menurutnya, dia menuruti permintaan wakil itu dan empat hari kemudian, dia menerima kejutan lagi selepas lelaki terbabit memaklumkan dia mendapat untung kira-kira RM3 juta selepas menjadi ahli syarikat.

"Saya diminta membayar 1.5 peratus daripada jumlah keuntungan bagi tujuan pengiriman wang ke Malaysia dan saya tidak mempunyai wang secukupnya.


"Pada mulanya, lelaki itu meminta saya membayar separuh, tetapi selepas itu, saya diminta membayar kira-kira RM21,000," katanya.

Sepanjang tempoh itu dia juga membuat beberapa lagi bayaran yang keseluruhan berjumlah RM83,135.


Pada hari yang dijanjikan untuk menerima keseluruhan wang, katanya, lelaki terbabit menghubunginya dengan menyatakan akaun bank miliknya tidak aktif dan disebabkan itu, kerajaan negara asalnya tidak membenarkan wang berkenaan dikirimkan ke akaun milikmangsa.


Katanya, helah terakhir lelaki terbabit adalah meminta dia memasukkan wang untuk membayar kos peti besi dan ketika itu baru dia sedar menjadi mangsa sindiket penipuan.


"Saya membuat laporan di Balai Polis Cheras untuk tindakan lanjut," katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany mengesahkan menerima laporan berkenaan.


"Siasatan awal mendapati mangsa menerima panggilan daripada lelaki terbabit yang menggunakan nombor antarabangsa dan ia dipercayai kegiatan kumpulan yang meniru modus operandi sindiket tawaran hadiah ke Macau," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved