Selasa, 21 Jun 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Gaduh dalam bas, ditetak di kubur

Posted: 20 Jun 2011 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya kerana berlaku perselisihan faham dalam bas, seorang lelaki warga Indonesia maut ditetak dengan parang di tanah perkuburan Kristian, Jalan Kuari, Cheras, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa yang berusia 30-an menaiki sebuah bas bersama dua rakannya dari Taman Len Seng, di sini, untuk ke pusat bandar.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata kejadian bermula apabila mangsa dan rakannya berselisih faham dengan empat lelaki lain dalam bas itu.

Katanya, ketika itu, mangsa dan rakannya dalam perjalanan ke pusat bandar selepas pulang dari tempat kerja di sebuah tapak pembinaan di Taman Len Seng.


"Ketika di dalam bas, mangsa dipercayai bergaduh dengan empat lelaki terbabit sebelum mereka turun dari bas di kawasan kejadian," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, malam kelmarin.


Menurutnya, sebaik turun bas, mangsa dan rakannya melarikan diri ke dalam kawasan tanah perkuburan itu sebelum dikejar dan diserang lelaki terbabit.

Ku berkata, mangsa yang dipercayai berasal dari Surabaya ditetak menggunakan parang. Seorang lagi rakan mangsa parah manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.


"Mangsa yang parah melarikan diri dan meminta bantuan orang awam di sebuah stesen minyak berhampiran. Dia dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Seorang lagi maut di tempat kejadian sebelum polis tiba.

"Hasil pemeriksaan di tempat kejadian tidak menemui senjata yang digunakan. Malah, tiada dokumen peribadi ditemui pada mayat mangsa," katanya.


Difahamkan, kumpulan suspek terbabit dipercayai bukan warga tempatan berdasarkan maklumat rakan mangsa yang cedera itu.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke PPUKM untuk bedah siasat selain usaha mencari seorang lagi rakan mangsa dan suspek giat dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mangsa samun diarah berbogel

Posted: 20 Jun 2011 10:10 AM PDT

SHAH ALAM: Akibat terlalu penat dan memberhentikan kereta di tepi jalan, seorang kontraktor bukan saja kerugian hampir RM100,000 apabila menjadi mangsa samun bersenjata, malah dibogelkan sebelum penyamun itu melarikan keretanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) itu, mangsa berusia 32 tahun berhenti berehat selepas memasuki Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum merancang meneruskan pemanduan.


Difahamkan, ketika terlelap mangsa didatangi lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta sebelum mengarahkan suspek berganjak ke bahagian sebelah penumpang.

Sumber berkata, suspek kemudian memandu Honda City milik mangsa dan diekori Toyota Vios berwarna hitam dipercayai dipandu rakan suspek.


"Sambil memandu ke Kuala Lumpur, suspek mengacukan parang dengan mengugut mangsa mengeluarkan semua barangan berharga termasuk melucutkan baju dan seluar.


"Mangsa yang masih terkejut mengikut semua arahan suspek berikutan takut diapa-apakan.

"Suspek meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan bogel di Kilometer 7.1 NKVE sebelum melarikan diri menggunakan kereta mangsa," katanya.


Sumber berkata, kereta yang dipercayai dipandu rakan suspek turut melarikan diri, namun mangsa gagal mengenal pasti nombor plat Toyota Vios itu.

Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa hampir RM100,000 itu termasuk kenderaan, wang, dua telefon bimbit, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved