Jumaat, 1 Julai 2011

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


Tekad serang habis-habisan

Posted: 30 Jun 2011 10:57 AM PDT

LALUAN berduri menanti Harimau Malaya apabila turun menentang Taiwan pada perlawanan timbal balik pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia di Stadium Majlis Perbandaran Taipei, Ahad ini.

Itu janji dilaungkan ketua jurulatih Taiwan, Lo Chih-Tsung apabila menyifatkan persembahan 90 minit dipamer barisannya di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin bukan permainan sebenar mereka.


"Kami akan mempamerkan gaya dan corak permainan sebenar Taiwan di tempat sendiri. Corak menyerang akan menjadi keutamaan kami bagi memastikan kemenangan dapat dicapai sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua," katanya yang gembira sekalipun tewas 1-2 pada perlawanan pertama itu.

Jurulatih yang membentuk skuad itu sejak 2009 turut berkata jaringan satu gol di tempat lawan melalui Chen Po-Liang pada minit ke-76 amat berharga ketika skuadnya lebih banyak mengamalkan corak bertahan sejak awal permainan lagi.


"Ia sangat membantu kami kerana jaringan gol di tempat lawan adalah matlamat kami dari awal. Keputusan ini menggembirakan saya," katanya. Keyakinan Chih-Tsung pastinya berdasarkan persembahan berdisiplin anak-anak buahnya sepanjang permainan dan kini hanya memerlukan kemenangan dengan jaringan 1-0 untuk memastikan tiket ke pusingan kedua. Malah Taiwan dijangka dapat menggunakan khidmat pemain pertahanan kiri kelahiran Belgium, Xavier Chen yang sebelum ini menunggu pelepasan daripada Fifa manakala seorang lagi pemain berpangkalan di Eropah, Victor Chou tidak diturunkan malam kelmarin.


Pada perlawanan yang disaksikan kira-kira 45,000 penonton, Taiwan menguasai peringkat awal permainan dengan beberapa kali mengasak ke kubu negara sebelum Harimau Malaya bangkit menguasai perlawanan bermula minit ke-15 dan berjaya meledak dua gol.

Namun pelawat tidak berputus asa apabila lebih banyak mengasak pada penghujung babak kedua sebelum berjaya menjaringkan gol melalui Po-Liang yang mudah menewaskan penjaga gol, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah keluar sesuka hati

Posted: 30 Jun 2011 10:48 AM PDT

DUA pemain terbaru meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Julia Wong dan Tan Chun Seang bakal berdepan tindak balas berbeza daripada badan induk badminton itu.

Julia yang menghantar surat penarikan diri awal Mei lalu selepas gagal pulih daripada kecederaan ligamen lutut sewaktu beraksi dalam saingan Piala Sudirman 2009 tidak akan dikenakan sebarang denda atau penalti, berbanding Chun Seang yang dihalang mengambil bahagian di kejohanan antarabangsa di rantau Asia.


Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai yang mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan, semalam menegaskan, tindakan itu perlu demi menjaga kredibiliti persatuan.

"Dalam kes ini, kami mempertimbangkan sumbangan Julia yang banyak membantu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa sedangkan Chun Seang tidak begitu menyumbang. Kami tidak berniat menghukumnya tapi sudah banyak perbelanjaan dilaburkan ke atasnya dan dia tiba-tiba saja mahu keluar dari BAM," kata Chin Chai.


Julia pernah mewakili negara dalam Piala Uber, Sudirman, Kejohanan Dunia, Sukan Sea, Asia dan Komanwel.


Chun Seang menghantar surat meninggalkan BAM awal Jun lalu dan berhasrat bermain dalam liga di Eropah.

"Kami tidak mahu membunuh kerjayanya sebab itu hanya menghalang dia daripada beraksi di Asia selama tempoh dua tahun dan memberi ruang kepadanya bermain di Eropah," kata Chin Chai.


Menurut beliau lagi, tindakan itu penting sebagai amaran kepada mana-mana pemain BAM supaya tidak sewenang-wenang mengambil tindakan meninggalkan badan induk badminton negara itu.

Sementara itu, Chin Chai turut mengumumkan mana-mana pemain negara, termasuk berstatus profesional dan bebas perlu sekurang-kurangnya menyertai satu kejohanan tempatan bagi mendapatkan pelepasan BAM untuk beraksi di luar negara.


Begitupun beliau berkata, peraturan itu bukanlah mandatori jika pemain memberi alasan munasabah seperti bermastautin di luar negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved