Jumaat, 1 Julai 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Fesyen wanita pertengahan

Posted: 01 Jul 2011 11:55 AM PDT

SIAPA kata wanita yang makin meningkat usia tidak boleh tampil bergaya dengan rona ceria?

Tidak dinafikan setiap wanita bimbang dengan padanan gaya yang tidak sesuai dengan usia lalu mengambil jalan mudah dengan mencuba stail selamat.

Kala usia meningkat 30 ke atas, rasa bimbang makin menghambat diri hingga rata-rata lebih suka menggayakan koleksi sedia ada walaupun sudah lebih tiga tahun menyarung busana yang sama!

Peningkatan usia memang tidak dapat dielakkan, tetapi itu tidak bermakna kita tidak boleh berseronok mencuba pelbagai gaya walaupun rasa janggal pada mulanya.


Faktor kesesuaian saiz juga sering menjadi alasan yang mana kebanyakan jenama memberi lebih tumpuan kepada gaya remaja serta wanita muda yang terarah kepada potongan singkat dan sendat.


Justeru, Wallis hadir memeriahkan arena fesyen tempatan bagi membantu wanita berusia 35 tahun ke atas tampil lebih anggun tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan besar.

Menurut Pengurus Divisyen Jenama DNP Clothing Sdn Bhd, Winnie Yeoh, jenama popular di kalangan wanita Britain dan Ireland itu tidak memberi tumpuan kepada usia seseorang, tetapi langkah serta lagak beraninya dalam berfesyen.

"Secara umumnya, wanita ingin sentiasa kelihatan menarik dan seksi tanpa mengira usia. Namun, atas faktor ketiadaan saiz yang sesuai atau potongan yang tidak menepati kehendak seiring usia menyebabkan ramai wanita terpaksa berkompromi kala berfesyen.

"Rata-rata wanita berusia 30 tahun ke atas ini bijak memilih busana, jadi daripada mengenakan pakaian yang tidak sesuai dengan usia, mereka lebih selesa memilih gaya selamat dengan busana longgar, labuh dan berpotongan ringkas, tetapi mempunyai variasi warna yang terhad.

"Daripada situ Wallis melihat kepada keperluan wanita golongan ini, di mana kami mempunyai himpunan busana yang mampu membuatkan wanita ini bebas menampilkan personaliti mereka.

"Wallis sememangnya dicipta khusus untuk wanita pertengahan 30-an hingga 40-an yang ingin tampak lebih bergaya serta memilih busana yang praktikal, tahan lama dan masih padan digunakan untuk musim-musim seterusnya," katanya.

Sejak ia diperkenalkan buat pertama kali di Asia Tenggara menerusi pembukaan butik Wallis di Bangsar Village II, baru-baru ini, ia turut berjaya menarik minat golongan eksekutif muda yang mahukan gaya moden tetapi tidak keterlaluan.

"Selain itu, Wallis juga memberi peluang kepada wanita bertubuh kecil untuk sama-sama menjadi fashionista dengan himpunan 'Petite' yang boleh diperoleh dalam saiz serta potongan lebih kecil berbanding koleksi piawai," tambah Winnie.

Bagi musim bunga dan panas kali ini, Wallis mempersembahkan himpunan ceria dan segar dengan serakan rona-rona flora yang memukau.

Blaus sederhana panjang kelihatan manis digayakan bersama legging atau seluar panjang polos, gaun kembang pula cantik dipadukan bersama kardigan atau jaket sementara gaun maksi dengan cetakan bunga mahupun absktrak menarik dipadankan bersama aksesori minimum.

Koleksi eksklusif 1923 yang menampilkan rekaan serta corak daripada arkib Wallis tidak ketinggalan diperkenalkan, dengan tumpuan terarah kepada gaun prom klasik yang popular di era 1950-an.

Cuma lima gaun dan dua kardigan direka bagi koleksi ini yang menekankan kepada potongan ikon glamor wanita zaman itu. Cetakan abstrak dan flora nyata tampak segar yang sesuai digayakan dalam semua acara.

Peranan aksesori dalam menyuntik kelainan penampilan seseorang juga turut dititikberatkan dalam koleksi fesyen Wallis yang mana pengunjung boleh memilih bermacam jenis serta rekaan daripada cincin hinggalah ke beg tangan dan kasut.

Wallis mula bertapak di England pada 1923 ketika kali pertama butiknya dibuka di Chapel Market, Islington, London dengan menjual bermacam kot serta gaun pada harga 19 syiling (kira-kira RM2.43).

Menjengah era 1940-an, Wallis terus mengukuhkan kedudukannya dalam dunia fesyen Britain dengan pembukaan 25 butik di seluruh London dan pada pertengahan 1950-an hingga 60-an, pasukan pereka Wallis diundang mencipta adi busana bagi Rumah Fesyen Chanel dan Dior yang mensasarkan wanita di kalangan golongan atasan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Satu sukan satu jenama

Posted: 01 Jul 2011 11:32 AM PDT

BAGI mereka yang gemar bersukan, pemilihan produk berkualiti serta memenuhi kriteria mengikut jenis sukan yang diwakili sememangnya sangat penting.

Ini kerana jenis kasut serta pakaian bukan saja mempengaruhi penampilan seseorang, malah aktiviti yang akan dilakukan.

Jenama seperti New Balance (NB), Admiral, Axel, Projog dan Wira adalah antara jenama sukan berkualiti tinggi dikeluarkan Stream Enterprise (M) Sdn Bhd.

Menurut Pengurus Korporat Stream Enterprise (M) Sdn Bhd, Wei Chong Hwa untuk berada seperti mana sekarang bukan sesuatu yang mudah.


Ini kerana terdapat kepelbagaian jenama sukan di Malaysia yang memberi banyak pilihan kepada pengguna.


Bermula dengan kilang kasut yang mengeluarkan kasut sekolah pada 1993, syarikat berkenaan terus maju dengan pengeluaran kasut sukan berkualiti serta berteknologi tinggi New Balance bersama pakaian sukan jenama yang sama pada 1997.

Kemudian, ia menambah beberapa jenama seperti Wira dan Projog pada 2007 dan kasut wanita Zeita pada tahun yang sama.

Setiap jenama kasut memiliki keistimewaan tersendiri. NB misalnya berkonsepkan kasut untuk sukan olahraga, Admiral untuk bola keranjang, futsal dan bola baling manakala Axel untuk badminton dan aktiviti kasual manakala Zeita direka untuk wanita lasak yang gemarkan gaya kasual.

"Perbezaan kasut mengikut aktiviti sukan adalah lebih khusus dan fokus daripada segi pembuatannya serta memenuhi ciri-ciri keselamatan, selesa dan ringan bergantung kepada acara masing-masing.

"NB mempamerkan per–sembahan yang tinggi kepada si pemakai menjadikan atlet lebih mudah berlari," katanya.

Ditambah pula dengan kepelbagaian warna, ia menjadikan kasut NB lebih kasual, bergaya dan ranggi sesuai untuk anak muda.

Admiral pula ditampilkan dengan rekaan lebih terkini dan trendy, sesuai untuk aktiviti lasak seperti bola keranjang dan futsal. Harga ditawarkan antara RM79 dan RM159 manakala untuk pakaian sukan berharga RM39.90 sehingga RM139.

"Untuk Admiral, rekaannya yang unik memberi tindak balas serta tendangan padu menerusi kusyen yang terdapat pada bahagian hadapan kasut. Ini memberi keselesaan dan kepuasan kepada pemain futsal dan bola keranjang, sekali gus menjadikan permainan lebih bertenaga.

"Setiap kasut diwarnai dengan rona ceria sesuai untuk semua golongan," katanya yang kini memperluaskan pasaran jenama Admiral ke India dan Singapura.

Setakat ini, jenama kasut dan pakaian sukan NB, Admiral, Axel, Wira, Projog dan Zeita terdapat di butik N Concept serta pasar raya besar seperti Jusco dan Parkson seluruh negara dan terbaru dibuka di pusat beli-belah Fahrenheit 88 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved