Selasa, 12 Julai 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tulang hangus jadi bahan bukti

Posted: 11 Jul 2011 10:23 AM PDT

SHAH ALAM: Cebisan tulang yang sudah hangus, dua telefon bimbit dan dua jam tangan antara barangan ditemui pasukan penyelam polis ketika mencari bahan bukti kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di sekitar Banting dekat sini, tahun lalu.

Koperal Merzuki Shahrim dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1 Pulau Pinang berkata, cebisan tulang hangus itu ditemui ketika dia melakukan selaman di lokasi pertama iaitu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada 12 September tahun lalu.

Menurutnya, dua telefon bimbit yang ditemui ialah jenis BlackBerry berwarna putih dan hitam dipercayai milik peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim dan pegawai bank, Noorhisham Mohamad.

Saksi pendakwaan ke-22 itu berkata, pasukannya dengan lima anggota menjumpai jam tangan jenama Seiko milik pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, jam tangan Bell & Ross milik Ahmad Kamil, pisau, dawai dan enam keping zink dikatakan digunakan melapik mayat semua mangsa.


Merzuki berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; Ahmad Kamil, 32; Noorhisham, 38 dan Kamaruddin, 44, di Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dirempuh kuda mengamuk

Posted: 11 Jul 2011 10:12 AM PDT

KLANG: Keriangan seorang wanita bercuti di sebuah taman tema air di Dengkil, dekat sini, bersama keluarganya sempena cuti hujung minggu bertukar tragedi apabila cedera di leher dan tangan akibat dirempuh seekor kuda, petang kelmarin.

Ketika kejadian, Nor Zainab Saron, 37, dari Kajang berjalan kaki bersama suami dan empat anak mereka yang masih kecil di kawasan gerai makanan apabila dirempuh seekor kuda yang mengamuk dan keluar dari trek latihan.


Lebih malang, anak Nor Zainab berumur lima tahun yang ketika itu berjalan bersamanya turut menjadi mangsa apabila terjatuh dan terseret bersamanya akibat rempuhan itu. Bagaimanapun, kanak-kanak perempuan itu dibenarkan keluar wad, tetapi masih perlu menerima rawatan susulan.

Difahamkan, mangsa dan keluarga tidak menyedari kehadiran kuda yang mengamuk itu kerana kawasan itu dipenuhi orang awam dan trek latihan kuda terletak agak jauh dari kawasan kejadian.


Kakak Nor Zainab, Nor Hayati, 40-an, berkata adiknya dirempuh secara tiba-tiba dari belakang oleh kuda yang ditunggang pelatih pusat latihan tentera berkuda menyebabkan dia terjatuh dan terseret beberapa meter sehingga mulutnya terkoyak selain luka di kepala dan jari.


"Suasana menjadi panik dan akibat kejadian, adik tidak sedarkan diri serta tidak mampu mengingati apa berlaku disebabkan hentakan kuat di kepala. Anaknya cedera di kepala dan menerima rawatan susulan.

"Selepas menerima rawatan dan pemeriksaan X-Ray di Hospital Banting, pada mulanya pihak hospital mengatakan adik saya tidak mengalami apa-apa kecederaan dan kami diarahkan untuk tunggu 24 jam lagi bagi melihat tindak balasnya.


"Bagaimanapun, pada malam yang sama adik saya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan lanjut," katanya ketika ditemui di HTAR di sini, semalam.

Nor Hayati yang juga suri rumah sepenuh masa, berkata setibanya di HTAR, doktor mendapati adiknya mengalami kecederaan serius di leher serta tangan kanan yang memerlukan rawatan rapi dengan segera.


"Saya kecewa dengan kecuaian penunggang kuda terbabit yang dipercayai gagal mengawal kuda miliknya sehingga menyebabkan adik saya yang bertubuh kecil terpaksa menanggung kesakitan," katanya yang bakal membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved