Selasa, 12 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Terjun tasik 10 meter

Posted: 11 Jul 2011 10:39 AM PDT

LANGKAWI: "Sejak sebulan lalu, arwah tidak pernah tinggal solat lima waktu. Malah, segera menunaikannya sebaik mendengar azan," kata Suzana Mat Saad, 37, ibu kepada remaja lelaki yang juga orang kurang upaya (OKU), Mohamad Amirul Amrie Ainsa, 13, yang ditemui lemas di Tasik Dayang Bunting, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa yang datang bersama enam ahli keluarganya dikatakan tiba-tiba terjun seorang diri ke dalam tasik sedalam kira-kira 10 meter itu sejurus tiba di situ sebelum hilang. Suzana berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu lumpuh kaki kanannya selepas terbabit kemalangan pada usia tujuh tahun. "Saya sedih sangat kerana baju raya tahun ini sudah siap dibeli dan dia juga sudah beberapa kali mencuba baju itu. Dia kata tidak sabar untuk memakainya pada pagi hari raya nanti," katanya ketika ditemui di sini.


Abang mangsa, Mohamad Amirul Assuar, 17, berkata ketika kejadian dia baru meletakkan beg pakaian dan sedang berurusan menyewa jaket keselamatan daripada seorang operator di kaunter berdekatan untuk kegunaan ahli keluarganya.

"Dari jarak kira-kira 20 meter, saya lihat adik berjalan ke tepi ponton dan terjun ke dalam tasik seorang diri sebelum tenggelam dan hilang. Sejurus itu, suasana menjadi kecoh dan kelam-kabut.


"Tanpa berfikir panjang, saya berlari dan turut terjun ke dalam tasik itu untuk cuba menyelamatkan adik, malangnya tidak sempat memegang baju atau rambutnya," katanya.


Mohamad Amirul Assuar berkata, kejadian yang berlaku pantas itu turut disaksikan beberapa pelancong asing yang kebetulan sedang mandi dan berenang dalam tasik berkenaan pada jarak 10 meter dari tempat adiknya terjun.

"Ekoran itu, seorang pelancong Eropah turut menyelam bersama saya ke dasar tasik bagi mencari mayat adik, namun usaha itu juga gagal kerana airnya dalam dan kami keletihan selepas beberapa minit menyelam.


"Selepas semua usaha berkenaan gagal, saya dan ahli keluarga mengambil keputusan menghubungi dan membuat aduan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi (IPD) dan bomba bagi meminta bantuan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Padah kasih laki orang

Posted: 11 Jul 2011 10:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Akibat menjalin cinta terlarang dengan suami orang sejak Mac lalu akhirnya membawa padah kepada seorang kerani wanita berasal dari Pulau Pinang apabila mendakwa kerugian RM35,000 selepas ditipu lelaki berkenaan.

Mangsa berusia 25 tahun dan bekerja di Brickfields, di sini, mendakwa berkenalan dengan lelaki terbabit dikenali sebagai Izwan secara tidak sengaja ketika dia makan di sebuah restoran makanan segera berhampiran tempat kerjanya.


Menurutnya, dalam pertemuan awal dengan lelaki itu selama kira-kira 30 minit, Izwan yang berperwatakan menarik dan menepati ciri-ciri lelaki idamannya itu mengaku masih bujang, bekerja sebagai eksekutif di sebuah syarikat kawalan keselamatan dan tinggal bersama keluarganya di Bandar Tun Razak, Cheras.

"Sikapnya yang begitu baik menyebabkan saya begitu mempercayainya hinggakan kami pernah terlanjur dan merancang untuk bertunang hujung tahun ini. Keadaan itu menyebabkan saya tidak pernah menyesal menyulam cinta bersamanya," katanya ketika ditemui, di sini. Katanya, satu hari ketika keluar membeli-belah, lelaki itu memberitahu kereta digunakannya milik abang iparnya dan abang iparnya meminta segera memulangkan kenderaan berkenaan.


"Dia memberitahu tidak mampu membeli kenderaan sendiri akibat mempunyai pinjaman kad kredit.


"Saya yang begitu mempercayainya menawarkan untuk membeli kereta baru menggunakan slip gaji saya dan dalam tempoh seminggu sudah memiliki Perodua Myvi baru," katanya.

Bagaimanapun, seminggu kemudian, dia menerima kejutan apabila seorang wanita menelefonnya memperkenalkan diri sebagai isteri kepada Izwan dan sedang hamil.


"Wanita itu memberi amaran dan melarang saya meneruskan perhubungan dengan suaminya kerana tidak mahu bermadu selain memberi ingatan supaya tidak terlalu mempercayai suaminya yang disifatkan 'buaya darat'.

"Pada mulanya, saya kurang percaya dengan tuduhan wanita berkenaan, sebaliknya meminta pengesahan sendiri daripada Izwan. Apabila diajukan soalan bertubi-tubi, Izwan akhirnya mengaku dengan statusnya sebagai suami orang.


"Ketika itu, saya cukup kecewa tetapi apabila Izwan berjanji meminta keizinan isterinya untuk bermadu, saya hanya berdiam diri, malah tetap mempercayainya.


"Perhubungan kami terus berjalan lancar hingga bulan lalu, malah dia juga sudah memakaikan saya sebentuk cincin sebagai tanda di depan ahli keluarganya di Bandar Tun Razak tanpa kehadiran isterinya yang ketika itu dikatakan masih tidak boleh menerima saya," katanya.


Menurutnya, dia juga tidak kisah membayar wang ansuran bulanan kereta yang dibeli itu dan pada 25 Jun lalu, Izwan memaklumkan, syarikatnya menghantarnya berkursus di Taiwan hingga 1 Julai lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 2 Julai.


Bagaimanapun, katanya, sehingga 5 Julai lalu, Izwan masih gagal dikesan, malah telefon bimbitnya juga dimatikan.


"Curiga dengan tindakannya, saya kemudian nekad pergi ke rumah keluarganya di Bandar Tun Razak, namun hampa apabila lelaki yang memperkenalkan diri sebagai abangnya mengaku yang dia hanya diminta berlakon di depan saya.


"Berdasarkan maklumat lelaki berkenaan, Izwan kini dipercayai sudah melarikan diri ke utara tanah air manakala isterinya berada di kampung kerana bersalin," katanya.


Lebih mengecewakan, lelaki berkenaan memaklumkan kereta dibeli menggunakan namanya sudah dijual tanpa pengetahuan.


"Malah, saya gagal mengesan di mana kenderaan itu disembunyikan.


"Berikutan itu, saya sudah membuat aduan di Balai Polis Travers semalam (kelmarin) selepas menyedari tertipu," katanya.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut masih dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved