Sabtu, 23 Julai 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Belaian bidan gebu

Posted: 22 Jul 2011 09:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Pada mulanya saya takut melanggar pantang larang ditetapkan nenek, tetapi demi wang ia akhirnya saya abaikan," kata seorang gadis yang terjebak dalam kegiatan urut batin biarpun cita-cita asalnya mahu mewarisi kepakaran neneknya dalam bidang urut tradisional.

Berbekalkan wajah jelita dan tubuh gebu, gadis tukang urut berusia 21 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Su berkata, dia sebelum ini belajar ilmu urut tradisional daripada neneknya yang juga seorang bidan berpengalaman.


Menurutnya, harapan neneknya dan dia sendiri ketika itu ialah untuk menjadi seorang tukang urut tradisional khususnya untuk wanita baru bersalin. "Sejak kecil saya suka melihat nenek mengurut wanita baru bersalin dan dari situ timbul minat saya untuk mewarisi kerjayanya," katanya yang ditemui Harian Metro di sebuah pusat urut di pinggir ibu kota.

Su berkata, ketika berusia 15 tahun, neneknya yang sudah tua menurunkan ilmu perubatan dan urut tradisional itu kepadanya.


"Pada masa sama dia berpesan agar saya tidak melanggar pantang larang termasuk menyalahgunakan ilmu ini untuk tujuan urutan lain, tetapi demi mendapat wang dengan cara mudah, saya kini melanggar amanatnya.


"Pada mulanya saya mengurut wanita lepas bersalin di rumah saya di Perak, tetapi pendapatan diterima tidak mencukupi untuk perbelanjaan harian, menyebabkan saya memberanikan diri berhijrah ke Kuala Lumpur," katanya.

Menurut Su, pada mulanya, dia bekerja di Damansara, dekat Petaling Jaya dan ketika itu dia hanya menawarkan khidmat urut badan, kaki dan refleksologi pada harga RM50 bagi satu sesi, tetapi akibat pengaruh beberapa rakan sekerja, dia mula berminat dalam urutan seks.


"Selepas mencuba urutan batin buat pertama kali, saya jadi seronok terutama apabila dapat pendapatan lumayan dan sejak itu, ia menjadi rutin harian saya melayan lelaki ketagih urutan batin," katanya.

Tanpa berselindung, Su mengakui kegiatan memberikan khidmat urut batin akhirnya menyebabkan dia tergelincir lebih jauh apabila turut memberikan khidmat seks kepada lelaki.


"Namun, saya agak berhati-hati memilih pelanggan bagi mengelak penyakit kelamin dan hanya bersedia menyerahkan tubuh kepada pelanggan yang memenuhi cita rasa saya," katanya.


Su berkata, kini selepas lebih tiga tahun bergelumang dalam kegiatan tidak bermoral itu dia mempunyai ramai pelanggan tetap dan pendapatan diterima lebih lumayan.


Menurutnya, untuk khidmat urut batin dia mengenakan bayaran tambahan antara RM30 hingga RM50 manakala untuk khidmat seks bayaran dikenakannya RM200.


Apabila ditanya sampai bila dia mahu melakukan kerja jijik itu, Su hanya menggeleng kepala dan berkata: "Memang terlintas dalam fikiran saya untuk berhenti, tetapi disebabkan tiada pendidikan tinggi dan kebolehan lain, buat masa ini hanya kerja ini saya tahu." Mengenai pantang larang neneknya yang dilanggar, Su berkata, setakat ini tiada kesan negatif terhadap dirinya dan berharap keadaan itu berterusan.


"Dulu nenek kata kalau langgar pantang kulit muka jadi kendur dengan cepat dan tenaga mengurut berkurangan. Entahlah, setakat ini saya tak rasa apa-apa pun," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Persandingan RM12 juta

Posted: 22 Jul 2011 09:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Sukar untuk saya ucapkan dengan kata-kata kerana memang tidak sangka majlis resepsi kami di Kuala Lumpur nanti diangkat sebagai 'Wedding Of The Year'.

"Sebenarnya, saya dan Memey menjangkakan majlis perkahwinan yang sederhana saja selepas pelbagai ujian dilalui dalam hubungan kami sebelum ini. "Apapun, saya sangat bersyukur dengan penghargaan Rafflesia The Pearl Centre selaku penaja utama dengan penaja lain sekali gus menganggapnya sebagai rezeki dari Tuhan," kata pelakon Norman Hakim.


Norman atau nama sebenarnya Mohamed Nurhakim Zaidon, 35, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah tajaan keseluruhan majlis resepsinya bernilai lebih RM12 juta. Selain Rafflesia, majlis resepsi Norman dan tunangnya Memey membabitkan beberapa penaja iaitu Profesor Datuk Jimmy Choo yang menaja dua kasut, Snips, Lord's Tailor dan Hotel Crowne Plaza Mutiara. Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 23, mengakui cukup bertuah kerana berpeluang menggayakan kasut sentuhan pereka terkenal dunia seperti Jimmy Choo yang pernah mencipta kasut untuk mendiang Puteri Diana, keluarga diraja serta selebriti Hollywood. "Ia bagaikan mimpi menjadi nyata kerana saya dapat memakai rekaan Jimmy Choo pada majlis resepsi nanti. Saya difahamkan satu-satunya artis dari Malaysia yang dapat sentuhan beliau pada hari bersejarah.

"Pada mulanya sukar untuk saya mempercayai semua ini kerana ia berlaku tanpa dijangka," katanya pada sidang media yang berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur di sini, semalam. Majlis resepsi Norman dan Memey akan berlangsung di di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur pada 28 September ini.


Menurut perancang perkahwinan mereka, Bill Bora, Memey bakal menggayakan dua gaun bertatah mutiara berharga RM500,000 setiap satu untuk persandingan dan memotong kek perkahwinan.


"Harga gaun itu mengalahkan gaun persandingan yang pernah dipakai penyanyi nombor satu, Datuk Siti Nurhaliza berharga RM400,000.

"Memey juga bakal menggayakan dua kasut rekaan eksklusif Jimmy Choo yang berharga lebih RM300,000 setiap satu dan ia satu-satunya rekaan yang dicipta di dunia. Selain itu, Memey bakal menggayakan dua set perhiasan jenama Rafflesia iaitu anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara bernilai RM5.6 juta yang setiap satu berharga RM2.8 juta.


"Selain itu, majlis ini akan dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada selebriti dan wakil media serta bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan dan bertaraf antarabangsa," katanya.

Memey dan Norman akan melangsungkan pernikahan di kediaman keluarga Memey selepas solat Asar di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada 24 September ini disusuli majlis persandingan keesokan harinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved