Sabtu, 23 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


2 sahabat dihukum mati

Posted: 22 Jul 2011 09:54 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang penjual kuih dan rakannya, peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir lima kilogram (kg) ganja berhampiran taman permainan di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Za'ba Abdul Talib, 25, dan Musa Maarof, 43, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.


Abdul Alim pada penghakimannya berkata, mahkamah menerima keterangan saksi pendakwaan bahawa sumber polis membawa kepada penangkapan Mohd Za'ba dan Musa bersama-sama dadah di tempat kejadian.

Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan.


Mengikut pertuduhan, Mohd Za'ba dan Musa didakwa mengedar 4.894 kg ganja, di Jalan 16, Taman Dato' Harun, Petaling Jaya, kira-kira jam 8.30 malam, 10 Jun 2009.


Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong.


Berdasar keterangan saksi pendakwaan, polis menerima maklumat bahawa seorang lelaki Melayu mahu menjual lima kg ganja pada harga RM2,500 untuk sekilogram.

Ini membawa kepada penahanan kedua-dua tertuduh di tempat kejadian.


Kedua-dua tertuduh ketika diperintah membela diri menafikan dadah itu milik mereka.


Sebaliknya, Mohd Za'ba memberitahu mahkamah dia berada di tempat kejadian kerana mahu mengutip hutang daripada seorang perempuan yang meminjam duitnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

'Dunia gelap'

Posted: 22 Jul 2011 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Muka saya tiba-tiba menjadi panas selepas dibaling 'air' oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran," kata Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, mangsa simbahan asid seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jengka 9 di sini, Selasa lalu.

Beliau berkata, dia yang menunggang motosikal bersama adiknya, Shafiq Aiman, 9, baru pulang dari mengaji al-Quran dan bercadang ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran bersama tetapi secara tiba-tiba dikejar seorang lelaki sebelum membaling sesuatu ke arah mereka. "Lelaki itu berlari ke arah kami dan terus melempar sesuatu menyebabkan muka dan badan kami menjadi pedih serta terbakar.


"Motosikal yang ditunggang pula hilang kawalan lalu terbabas ke tepi jalan sebelum terjatuh. Nasib baik saya menunggang perlahan dan tiada kecederaan parah tapi sedih apabila cecair itu menyebabkan hampir keseluruhan muka dan badan terbakar," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Katanya, dunianya bertukar gelap serta-merta selepas mata kiri cedera dan menarik tangan adiknya yang cedera di kedua-dua mata supaya bangun untuk meminta pertolongan.


Menurutnya, lelaki yang membaling cecair itu kemudian terus melarikan diri," katanya yang kini di rawat di unit kebakaran kanak-kanak HKL.


Sementara itu, ibu mangsa, Rohashimah Julaili, 33, tidak menyangka perkara itu menimpa anak sulung dan keduanya kerana sebelum ini lelaki berkenaan hanya mengamuk tetapi tidak pernah membuat tindakan di luar kawalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved