Jumaat, 22 Julai 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Remaja pun boleh pakai

Posted: 22 Jul 2011 07:14 AM PDT

BUSANA dengan rekaan berlainan sering menjadi pilihan wanita menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Mereka tidak hanya tertumpu kepada baju kurung atau kebaya agak klise sebaliknya mencari busana yang menonjolkan keanggunan mereka.

Seperti tahun sebelumnya, jubah dan kaftan masih menjadi pilihan pada pagi lebaran. Jubah yang biasanya dikaitkan dengan rona gelap seperti hitam, kelabu atau coklat kini diwarnai rona terang seperti biru, merah, hijau, merah jambu dan kuning.

Kepelbagaian warna ini bukan saja menjadi tarikan kepada golongan pertengahan, malah remaja turut meminatinya.


Bagi pereka Ezuwan Ismail, menyedari permintaan wanita terutama mereka yang berusia 25 tahun ke atas terhadap rekaan jubah, dia yang bekerjasama dengan pelakon Irma Hasmie kini menghasilkan jubah yang diberi sentuhan moden pada pinggang serta kemasan lipatan sama ada pada bahagian tengah atau hujung tangan.


Menurut Ezuwan, idea menghasilkan jubah moden ini dibuat selepas berbincang dengan Irma yang baru saja bertudung untuk menghasilkan busana Muslimah yang bukan saja dipakai wanita dewasa, tetapi menjadi daya tarikan remaja.

"Pada masa sekarang kebanyakan wanita gemar berjubah. Mereka mengenakan jubah labuh dan longgar pada warna pastel dan gelap. Sekadar ingin lari daripada kebiasaan, saya bersama Irma menghasilkan rekaan jubah berpotongan moden sesuai untuk semua usia.

"Bukan saja untuk wanita bertudung, malah mereka yang tidak bertudung juga nampak manis apabila mengenakannya," katanya.

Kelainan jubah Irma adalah daripada segi warna yang terang dan memikat serta potongan yang unik dan menawan.

"Saya cuba lari daripada kebiasaan dengan menghasilkan jubah berpotongan pada pinggang dan kembang di bawah. Namun ia beralun cantik apabila dipakai.

"Lebih menarik apabila saya menggunakan warna terang seperti merah jambu, hijau dan biru selain hitam, coklat dan kelabu menggunakan fabrik satin dull," ujarnya yang sudah menghasilkan 10 warna dalam 10 rekaan berbeza.

Bagi menyerlahkan rekaan, Ezuwan menambah perincian manik pada bahagian hadapan dan belakang baju. Teknik tampalan manik dan batu permata ini akan lebih menonjolkan keanggunan si pemakai tatkala dipakai pada musim perayaan.

"Bagi wanita bertudung, tambahan perincian manik pada bahagian dada akan menambah gaya elegan serta mewah. Mereka tidak perlu mengenakan sebarang perhiasan kerana tampalan manik sudah mencukupi," jelasnya.

Menurut Ezuwan, keistimewaan fabrik berkenaan adalah pada sifat kain itu sendiri yang mudah dibentuk, senang dijaga, sejuk dan terletak cantik pada tubuh si pemakai. Harganya pula tidak terlalu mahal dan boleh dipakai pelbagai golongan masyarakat.

"Kebiasaannya busana rekaan pereka tampak eksklusif dan mewah apabila mereka menggunakan fabrik yang agak mahal. Namun saya ingin membantu golongan yang ingin 'merasa' busana rekaan pereka pada harga yang mampu dimiliki mereka," katanya.

Jubah Irma Hasmie rekaan Ezuwan ini boleh didapati pada harga RM599 sama ada menerusi pesanan dalam talian atau menghubungi Ezuwan sendiri.

Terima kasih:
Ezuwan Ismail:
(www.ezuwanismail.blogspot.com / 012-2646871)
Solekan dan dandanan: Chomel (012-6841591)
Lokasi: PNB Darby Park Executive Suites Kuala Lumpur

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Cetusan idea Sharapova

Posted: 22 Jul 2011 06:24 AM PDT

SETIAP kali keluar rumah pelbagai barangan penting perlu dibawa dan itulah gunanya beg tangan.

Malah, bagi wanita, penggunaan beg tangan yang tahan lama dan lasak amat diperlukan selain boleh digayakan dalam semua majlis sama ada formal ataupun tidak.

Tidak kisah jika berhabis duit semata-mata untuk mendapatkan koleksi beg tangan dikehendaki kerana bagi mereka, ia suatu kepuasan.

Justeru, bagi mereka yang ternanti-nanti koleksi terkini, jenama aksesori mewah, Cole Haan menampilkan koleksi beg tangan terbaru yang lebih eksklusif dan menarik untuk golongan wanita dan lelaki.


Terkenal kerana kualiti, gaya dan keselesaan serta hasil ilham dan cetusan idea bintang tenis Russia, Maria Sharapova, jenama berkenaan masih lagi mengekalkan bentuk serta gaya klasik yang menjadi pengenalan produknya sejak sekian lama.


Selain itu, rekaannya pula dihasilkan dengan cara pelbagai dimensi bagi mencipta bentuk yang lebih berstruktur, ringkas dan lembut namun masih lagi mengekalkan gaya klasik dengan sentuhan baru dan moden.

Malah, penggunaan warna bermusim seperti keemasan, oren, jingga gelap, greige (campuran warna kuning air dan kelabu) serta kelabu gelap sesuai untuk mereka yang mementingkan gaya ikon klasik dengan sentuhan moden.

Koleksi Brooke memaparkan beg tote dengan gaya gadis kota manakala koleksi Heritage Quilt banyak memberikan sentuhan anyaman sebagai sebahagian daripada corak pada beg yang mempengaruhi rekaan beg tote, beg genggam serta beg galas keluarannya.

Sementara itu, koleksi si jejaka pula banyak diilhamkan melalui kerja tangan vintaj dalam membentuk gaya lebih kontemporari agar bersesuaian dengan sifat maskulin penggunanya.

Bahkan, penggunaan bahan daripada kulit premium dan nilon menjadikan koleksi beg Bayshore dan Merced lebih praktikal bagi menyimpan barangan keperluan dan pada masa sama, tampil lebih bergaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved