Jumaat, 22 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Jemaah solat dalam gelap

Posted: 21 Jul 2011 10:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 30 umat Islam terpaksa menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam keadaan gelap selepas bekalan elektrik yang disalurkan ke Surau Al Mu'min Pantai Murni, Pantai Dalam, di sini diputuskan tanpa notis petang semalam.

Difahamkan, kebiasaannya lebih daripada 50 jemaah akan menunaikan solat di surau berkenaan malah setiap hari Khamis pada waktu malam, bacaan Yasin akan diadakan tetapi semuanya tergendala akibat ketiadaan bekalan elektrik.


Timbalan Pengerusi Surau berkenaan, Syed Bilfil Syed Busu berkata, pihaknya baru sahaja menerima notis kuning daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) petang semalam tetapi pada masa yang sama, pihak TNB sudah memutuskan bekalan elektrik malah suis utama turut ditanggalkan.

"Berdasarkan notis berkenaan, kami diberi tempoh sehingga 31 Julai depan untuk melunaskan tunggakan berjumlah RM1,299.73 itu tetapi mereka sudah memutuskan bekalannya lebih awal sehingga mengganggu ibadah kira-kira 800 umat Islam di kawasan ini," katanya kepada Harian Metro, semalam.


Beliau berkata, meskipun pihaknya sudah menghubungi pihak TNB untuk mengambil tindakan segera di atas kesilapan mereka tiada tindakan diambil sehingga ke malam tadi.


Katanya, pihaknya akan melakukan pembayaran dalam masa terdekat dan berharap masalah ini dapat diselesaikan segera.

Menurutnya, kawasan perumahan yang mempunyai 116 unit rumah teres dua tingkat itu hampir 100 peratus dihuni masyarakat beragama Islam.


Sementara itu usaha Harian Metro untuk menghubungi pihak TNB mengenai masalah dihadapi penduduk itu gagal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja dinoda bapa tiri, disisih ibu kandung

Posted: 21 Jul 2011 09:25 AM PDT

AMPANG JAYA: Seorang remaja berusia 16 tahun bukan saja menjadi mangsa rogol bapa tirinya selama lima tahun, malah disisih dan dimarahi ibunya sendiri selepas menceritakan kejadian itu tahun lalu di Pandan Perdana, di sini hingga menyebabkan dia terpaksa menumpang di rumah saudaranya.

Kejadian malang itu bermula ketika remaja itu berusia 11 tahun apabila bapa tirinya berusia 50-an mengambil kesempatan merogolnya ketika ibunya tiada di rumah.


Remaja berkenaan pada mulanya takut untuk memberitahu perkara itu kepada ibunya, namun mengambil keputusan menceritakan hal itu selepas sering diganggu bapa tirinya itu.

Sumber polis berkata, kejadian pertama berlaku pada 2006 apabila bapa tiri mangsa memaksa remaja itu melakukan hubungan seks ketika ibunya tiada di rumah.


"Mangsa menolak permintaan, namun diugut akan dihalau keluar sekiranya tidak menurut perintah. Lelaki itu memaksa mangsa melakukan hubungan terlarang berkenaan.


"Mangsa dirogol sebanyak dua kali. Lelaki itu turut memberi amaran kepada mangsa supaya tidak menceritakan kejadian kepada ahli keluarga sekiranya mahu selamat," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, tidak tahan dengan penderitaan yang ditanggung mangsa memberitahu ibunya berkenaan perangai buruk bapa tirinya minggu lalu, namun dimarahi dan dituduh memfitnah.


"Remaja itu kemudian melarikan diri dengan berlindung di rumah saudara dan membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, kelmarin," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan sedang dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved