Isnin, 4 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


80% tak daftar

Posted: 03 Jul 2011 11:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Lebih 80 peratus Pusat Asuhan Kanan-kanak (taska) di ibu negara ini belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) disebabkan pelbagai faktor antaranya kerenah birokrasi pihak berkuasa tempatan (PBT) dan tidak mendapat kebenaran jiran.

Daripada 285 taska membabitkan institusi, rumah, tempat kerja dan komuniti, hanya 30 yang berdaftar, sementara itu 18 masih dalam proses mendapatkan permohonan berlesen.


Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), Noormah Abdul Rauf, berkata statistik itu semakin membimbangkan kerana jumlah itu bakal meningkat setiap tahun jika dibiarkan berterusan.

Menurutnya, kebanyakan taska bukan sengaja tidak mahu mendaftar, tetapi terpaksa berdepan pelbagai kerenah birokrasi PBT untuk meluluskan permohonan lesen selain masalah kebenaran daripada jiran untuk wujudkan taska di rumah.


"Pelbagai prosedur perlu dipatuhi pengusaha seperti pelan bangunan dan tahap keselamatan bagi melayakkan mereka mendapat lesen pendaftaran menyebabkan prosedur itu menjadi susah dan lambat.


"Bagi pengusaha taska di rumah, mereka berdepan masalah kebenaran daripada jiran untuk operasi itu selain perlu mematuhi pelbagai perancangan bagi penukaran status kediaman kepada premis perniagaan," katanya kepada sidang media selepas sesi dialog JKM bersama pengusaha taska dan penghuni kuarters Kerajaan Jalan Duta, di sini, kelmarin.

Noormah berkata, JKM tidak dapat memberi sokongan kepada pengusaha sekiranya taska yang tidak berdaftar mengalami kemalangan dan keadaan ini menyukarkan mereka menangani masalah itu.


"Tindakan undang-undang boleh diambil terhadap taska yang tidak berdaftar dan didakwa di mahkamah serta denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara. Pengusaha juga boleh dikompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan dan taska mereka ditutup.

"Sehingga kini, JKM menutup sebuah taska dan dua pusat jagaan kanak-kanak di WPKL," katanya.


Katanya, pengasuh perlu mengikuti kursus asuhan kanak-kanak kerana pengasuh yang tidak bertauliah bukan saja membahayakan keselamatan kanak-kanak, malah boleh membawa kepada kematian dan menasihati ibu bapa lebih peka memilih taska bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

12 kesal MPAJ tolak lesen niaga

Posted: 03 Jul 2011 11:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Sudah bertahun-tahun kami memohon untuk mendapatkan lesen dan tapak perniagaan daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), namun permohonan kami sehingga sekarang tidak diluluskan," kata peniaga makanan di bawah Pangsapuri 700, Pandan Perdana, Ali Hashim, 67.

Menurutnya, dalam tahun ini tiga kali gerai mereka dirobohkan MPAJ kerana berniaga tanpa lesen dan ingkar dengan notis supaya memberhentikan perniagaan.


Katanya, semua 12 peniaga di situ sudah memohon lesen daripada MPAJ, namun permohonan ditolak.

"MPAJ suruh kami untuk berniaga di gerai makanan bersebelahan gelanggang futsal, namun sewa terlalu tinggi dan kebanyakan daripada kami tidak mampu menyewa di situ," katanya selepas menerima sumbangan khemah daripada Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas), kelmarin.


Turut hadir Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Ong Tee Kiat yang menyampaikan sumbangan peribadi RM10, 000 kepada Ikhlas untuk diagihkan kepada peniaga di kawasan itu. Sementara itu, Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, berkata pihaknya akan cuba membantu peniaga untuk mendapatkan lesen daripada MPAJ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved