Isnin, 4 Julai 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Berganti laki kikis wang

Posted: 03 Jul 2011 12:23 PM PDT

KUALA LUMPUR: Menggunakan taktik tipu, kahwin, curi dan menghilangkan diri, seorang wanita dikatakan mengaut keuntungan jutaan ringgit daripada beberapa 'suaminya' dengan mangsa terbaru seorang ahli perniagaan Palestin yang mendakwa kerugian hampir RM1 juta.

Alaa A M Aldunna, 32, berkata perkahwinannya dengan wanita tempatan berusia 29 tahun itu berlangsung November tahun lalu selepas berkenalan dengannya di sebuah hotel, di sini.

"Selepas ditipu dan wang saya dicuri, saya dimaklumkan pihak tertentu, rupa-rupanya saya suaminya yang ketujuh. Enam lagi suaminya sebelum ini warga Malaysia dan mereka juga ditipu," katanya ketika ditemui Harian Metro.

Alaa berkata, ketika berkenalan, wanita itu memperkenalkan diri Datuk Nazatul, malah turut mendakwa dia seorang kerabat diraja.


"Saya percaya dia menggunakan ilmu hitam kerana selepas berkenalan saya mengikut segala kata-katanya. Perkahwinan saya dengannya juga dilakukan tergesa-gesa dan segala-galanya diuruskannya.


"Kami berkahwin di bilik hotel. Jurunikah dan saksi semuanya dibawa Nazatul, malah ibu dan abangnya bersubahat untuk menipu saya," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jerut diri selepas disaman

Posted: 03 Jul 2011 12:19 PM PDT

JASIN: Akibat tertekan selepas disaman polis, seorang remaja nekad menggantung diri dalam bilik di rumahnya di Taman Bemban Utama, di sini, kelmarin.

Mayat, M Rajathurai, 15, ditemui ibunya, S Chinnammah, 49, dalam keadaan leher diikat dengan kain kira-kira jam 5 petang selepas membuka pintu bagi melihat anaknya tidur.


Empat jam sebelum ditemui mati, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bemban itu disaman kerana menunggang motosikal tanpa lesen di Bemban.

Chinnammah berkata, dia tidak menyangka anak bongsunya bertindak demikian selepas tertekan akibat disaman.


Katanya, kejadian bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari selepas dia meminta anaknya ke kedai berhampiran membeli makanan.


Bagaimanapun, dia mendakwa tidak mengetahui anaknya itu menaiki motosikal dan menyangkakan keluar menaiki basikal seperti kebiasaannya.

"Saya mula gelisah kerana kelibatnya belum dilihat berikutan sudah terlalu lama keluar.


"Tiba-tiba muncul kereta polis di depan rumah dan anak saya masuk ke rumah sebelum mengambil MyKadnya.

"Saya yang terkejut terus bertanya kepada polis terbabit dan mereka menjelaskan anak saya ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen berhampiran pekan Bemban," katanya selepas ditemui di rumahnya, semalam.


Menurutnya, dia terus ke Balai Polis Bemban yang terletak dua kilometer dari rumahnya bagi mengetahui kejadian sebenar.


Katanya, dia mengakui memarahi anaknya dengan tujuan menasihatinya sebelum membawanya pulang.


"Ketika menarik tangannya, dia menggigil dan saya terus membawanya pulang. "Selepas makan, dia terus masuk bilik yang dijadikan tempat kami sekeluarga sembahyang dan tidur.


"Dua kali saya menjenguknya dan ketika mahu menyuruhnya ke kedai, saya terkejut apabila mendapati dia tergantung dengan leher dicerut kain," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.


ibu kepada empat anak itu.


Dia cuba mengejutkan anaknya itu tetapi tiada tindak balas dan meminta bantuan jiran menghantarnya ke Hospital Jasin.


"Ketika tiba di Jabatan Kecemasan, dia disahkan meninggal dunia sebelum mayatnya dibedah siasat," katanya.


Dia berkata, anaknya akan tidur jika mempunyai masalah.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Che Suza Che Hitam, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved