Sabtu, 16 Julai 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Pegawai KDN’ rompak peniaga

Posted: 15 Jul 2011 10:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya dengan memberi alasan dia mengambil pekerja tanpa permit, seorang peniaga kedai runcit kerugian kira-kira RM2,400 selepas wang tunai, telefon bimbit, kad prabayar dan rokok dilarikan empat orang lelaki yang menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kejadian di Taman Cheras Utama, 16 Jun lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Maslina, 33, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam itu, dia bersama seorang pekerjanya sedang sibuk mengemas barang jualan sebelum didatangi empat lelaki.


katanya, lelaki terbabit mendakwa mereka pegawai dari KDN selain lengkap memakai jaket yang mempunyai logo KDN dan memberi alasan mahu melakukan pemeriksaan ke atas kedainya kerana dipercayai menggaji pekerja asing tanpa permit.

Dia yang terkejut dengan alasan diberikan pada mulanya enggan memberi kerjasama sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan 'kad kuasa' bagi meyakinkannya.


"Saya sangsi dengan alasan lelaki itu yang mengatakan saya menggaji pekerja asing tanpa permit sedangkan permit pekerja saya masih di Jabatan Imigresen untuk proses pembaharuan.


"Lelaki itu juga mengugut untuk membawa saya ke balai dan bakal dikenakan hukuman berat jika enggan memberi kerjasama," katanya.

Menurut Maslina, ketika sedang berbincang dengan seorang daripada mereka, tiga lelaki lain mengambil kesempatan menyelongkar peti simpanan tunai dan merampas wang tunai kira-kira RM1,100 dan rokok bernilai RM400 serta kad prabayar bernilai RM600 yang disimpan di dalam rak berdekatan kaunter.


Maslina berkata, lelaki itu turut meminta dia menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu dengan alasan untuk diperiksa, tetapi enggan menyerahkan semula kad pengenalan dan lesen memandunya itu walaupun diminta berkali-kali.

"Saya yang ketakutan cuba menghubungi suami untuk meminta pertolongan sebelum perbuatan saya itu disedari lelaki berkenaan dan merampas semua tiga telefon bimbit milik saya.


"Pekerja saya turut dipukul kerana tidak mendengar arahan," katanya.


Beliau berkata, lelaki itu yang menyedari kedai runcitnya itu dipasang kamera litar tertutup (CCTV) melarikan diri menggunakan kereta Proton Gen 2 yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.


Katanya, dia dan suami membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras keesokan harinya selepas menyedari lelaki yang datang ke kedainya hanya individu yang menyamar sebagai pegawai KDN.


"Saya berharap orang ramai yang didatangi individu yang mengaku dari mana-mana agensi agar meneliti terlebih dulu kad kuasa atau dokumen berkaitan agar tidak lagi menjadi mangsa.


"Taktik yang digunakan sangat licik dan penyamaran yang dilakukan mereka sukar dikesan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar gaduh dengan kekasih teguk air sabun

Posted: 15 Jul 2011 10:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya kerana bergaduh dengan teman wanitanya, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun nyaris maut apabila meneguk hampir sebotol air sabun dalam kejadian di rumahnya di Desa Tasik Sungai Besi, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang ditemui pengsan di tandas rumahnya dikejarkan ahli keluarganya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), di sini, untuk rawatan.


Difahamkan, remaja terbabit kini dilaporkan stabil.

Menurut sumber, berdasarkan keterangan diberikan mangsa kepada doktor, dia mendakwa mahu membunuh diri kerana bergaduh dengan teman wanitanya.


"Sebelum kejadian, mangsa memberitahu mengalami salah faham dengan teman wanitanya sebelum bertengkar ketika menghubunginya kira-kira jam 8 pagi.


"Mangsa yang cuba memujuk teman wanitanya itu untuk bertemu bagi menyelesaikan pertelingkahan berkenaan gagal sebelum mengugut mahu membunuh diri. Namun, teman wanitanya tidak percaya dengan ugutan berkenaan," katanya.

Sumber berkata, mangsa yang hilang kawalan kemudian menelan hampir sebotol air sabun sebelum pengsan.


"Dia dihantar ke PPUKM oleh ahli keluarganya sebaik menemuinya terbaring di atas lantai tandas," katanya.

Difahamkan, akibat perbuatannya itu, pihak hospital kini merujuk kes berkenaan kepada pakar psikiatri bagi menentukan tahap kesihatan sebenar pelajar terbabit.


Sehubungan itu, doktor terbabit membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved