Sabtu, 16 Julai 2011

Harian Metro: Arena


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Arena


‘Sokonglah Malaysia’

Posted: 15 Jul 2011 09:45 AM PDT

KETUA jurulatih negara, Datuk K Rajagobal menggesa peminat tempatan mempamerkan semangat patriotik apabila hadir menyaksikan perlawanan persahabatan Harimau Malaya menentang Liverpool petang ini.

Pengendali yang menjulang Piala AFF 2010 dan pingat emas Sukan Sea 2009 itu jelas kurang senang dengan suasana 'Gelombang Merah' yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil ketika menentang Arsenal pada Rabu lalu.


"Saya mengharapkan mereka akan lebih patriotik kali ini. Saya menasihatkan mereka untuk memakai jersi biru (jersi kedua Malaysia) namun saya tidak melarang mereka untuk menyokong kelab luar.

"Saya tidak faham dalam keadaan genting seperti ini kenapa mereka tidak menyokong skuad negara. Mereka perlu berfikir dengan bijak untuk membandingkan pasukan mana yang lebih penting untuk disokong," katanya.


Tambahnya ia mungkin memberi impak positif untuk pemain negara bangkit memberikan tentangan kepada lawan, malah pemain luar (Arsenal) memuji aksi pemain negara yang menggambarkan permainan Malaysia bagus pada separuh masa pertama.


"Gol mudah dan sepakan penalti pada peringkat awal mengubah permainan. Peminat perlu faham Malaysia adalah negara mereka namun bukan semuanya bersikap seperti itu kerana ia membabitkan sebahagian peminat saja," katanya.

Rajagobal menggalas tugas berat petang ini untuk mengembalikan semula rentak sebenar permainan Harimau Malaya selepas aksi hambar menentang Arsenal sehingga diaib dengan kekalahan 4-0.


Beliau dijangka membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama terutamanya bagi menggantikan pemain pertahanan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan penyerang berbisanya, Norshahrul Idlan Talaha.

Antara yang mungkin mendapat kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama adalah gandingkan penyerang Ahmad Fakri Saarani dan Abdul Hadi Yahaya selain memasukkan pemain sayap kanan, Baddrol Bakhtiar serta Mohd Muslim Ahmad menggantikan Mohd Aidil Zafuan.


Mohd Safee Sali pula berkemungkinan turun sebagai pemain gantian kerana Rajagobal pastinya tidak mahu kehilangan penyerang Pelita Jaya itu selepas kecederaan hamstring Norshahrul masih tidak menentu.


"Saya masih mempunyai Izzaq Faris Ramlan yang baru dipanggil bagi membantu jentera serangan selain Ismail Faruqi. Sekiranya diturunkan ini adalah peluang untuk kedua-duanya membuktikan sesuatu bagi diserap dalam skuad ke Singapura," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Liverpool waspada

Posted: 15 Jul 2011 09:40 AM PDT

SKUAD negara perlu berkerja keras jika mahu menembusi kubu Liverpool kerana kelab gergasi Inggeris itu kini lebih berwaspada selepas hampir dimalukan kelab China, Guangdong Sunray Cave dalam aksi pertama Jelajah Asia 2011.

Pada perlawanan di Guangzhou, Rabu lalu skuad kendalian Kenny Dalglish itu selesa mendahului 4-1 namun di penghujung permainan, benteng mereka dibolosi dua gol untuk keputusan 4-3.


Pemain pertahanan kanan, Martin Kelly yang tidak sabar untuk beraksi di depan ribuan peminat The Reds di Stadium Nasional Bukit Jalil, petang ini menjangkakan tentangan sengit Malaysia.

"Sangat gembira berada di sini, sambutan peminat sangat hebat. Walaupun cuaca agak panas, saya fikir kami boleh menyesuaikan diri.


"Perlawanan esok (hari ini) pasti menarik kerana saya jangkakan ramai penonton yang akan datang. Kami sudah melakukan persiapan rapi dan pastinya kami mengharapkan kemenangan," katanya yang beraksi sebagai pemain gantian dalam perlawanan dengan Guangdong Sunray Cave.


Kelly pemain muda berusia 21 tahun yang diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan penting oleh Dalglish musim lalu ditemui pada sidang media sesi bertemu peminat adidas semalam.

Turut hadir pada majlis itu, penyerang Belanda, Dirk Kuyt, pemain baru Charlie Adam dan pemain pertahanan kiri, Jack Robinson yang meluangkan masa bermesra dengan lebih 150 peminat.


Ini kali pertama Liverpool, juara liga 18 kali bertandang ke Kuala Lumpur dalam siri jelajah pra musim.

Bagaimanapun, The Reds kemungkinan bakal beraksi tanpa Kenny Dalglish kerana pengurus itu dikhabarkan pulang ke England kelmarin atas urusan untuk memuktamadkan perpindahan pemain sayap England, Stewart Downing dari Aston Villa.


Bagi skuad negara pula, aksi dengan Liverpool adalah persiapan terakhir sebelum menghadapi Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Stadium Jalan Besar, 23 Julai ini.


Ini kali kedua dalam tempoh empat hari mereka bertemu kelab Liga Perdana Inggeris selepas tumpas 0-4 kepada Arsenal, Rabu lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved