Harian Metro: Setempat |
Posted: 22 Jul 2011 09:54 AM PDT SHAH ALAM: Seorang penjual kuih dan rakannya, peniaga kedai runcit dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas didapati bersalah mengedar hampir lima kilogram (kg) ganja berhampiran taman permainan di Petaling Jaya, dekat sini, dua tahun lalu. Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Za'ba Abdul Talib, 25, dan Musa Maarof, 43, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
Sepanjang perbicaraan, seramai 10 saksi pendakwaan dan tiga saksi pembelaan tampil memberi keterangan.
Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong.
Ini membawa kepada penahanan kedua-dua tertuduh di tempat kejadian.
|
Posted: 22 Jul 2011 09:54 AM PDT KUALA LUMPUR: "Muka saya tiba-tiba menjadi panas selepas dibaling 'air' oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran," kata Shafiq Haikal Mat Safar Zaidi, 13, mangsa simbahan asid seorang lelaki kurang siuman dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam di Felda Jengka 9 di sini, Selasa lalu. Beliau berkata, dia yang menunggang motosikal bersama adiknya, Shafiq Aiman, 9, baru pulang dari mengaji al-Quran dan bercadang ke rumah rakan untuk mengulang kaji pelajaran bersama tetapi secara tiba-tiba dikejar seorang lelaki sebelum membaling sesuatu ke arah mereka. "Lelaki itu berlari ke arah kami dan terus melempar sesuatu menyebabkan muka dan badan kami menjadi pedih serta terbakar.
Katanya, dunianya bertukar gelap serta-merta selepas mata kiri cedera dan menarik tangan adiknya yang cedera di kedua-dua mata supaya bangun untuk meminta pertolongan.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan