Harian Metro: Setempat |
Posted: 24 Jul 2011 10:14 AM PDT LEMBAH BERINGIN: Seorang lelaki maut sebaik motosikal ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) sebelum terpelanting dan digilis sebuah bas ekspres di Kilometer 404.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Kuala Lumpur, di sini petang semalam. Kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Syafiq Aswadi Hishamuddin, 23, mati serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan.
Katanya, sebaik turun daripada bas, dia amat terkejut melihat ada seorang lelaki terperosok rapat di bawah bas membawa 41 penumpang dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur.
"Mangsa yang sudah pun meninggal dunia di tempat kejadian dikeluarkan sepasukan anggota bomba Kuala Kubu Bharu kira-kira 30 minit selepas kemalangan berlaku," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Resort tercemar virus kencing tikus ditutup Posted: 24 Jul 2011 10:07 AM PDT KALUMPANG: Sebuah resort terkemuka di daerah ini, diarahkan ditutup secara berperingkat-peringkat berikutan penemuan virus kencing tikus (leptospirosis) menyebabkan kematian seorang remaja Jun lalu. Remaja berkenaan disahkan dijangkiti virus berkenaan ketika mandi di kolam renang resort berkenaan.
Katanya, resort berkenaan akan ditutup sepenuhnya pada awal Ogos ini.
Hadir sama, beberapa pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, anggota penguat kuasa dari Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Daerah Hulu Selangor. Beliau yang juga Pengerusi Wabak Penyakit daerah ini berkata, keputusan dilakukan berdasarkan hasil siasatan sepasukan pegawai kesihatan awam Kementerian Kesihatan Selangor yang mengesahkan positif jangkitan virus berkenaan.
"Saya menasihati pengunjung sentiasa berwaspada dengan pengumuman ini dan perlu mengambil tindakan sewajarnya termasuklah dilarang memasuki kawasan larangan," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan