Selasa, 2 Ogos 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pakai 20 tangkal

Posted: 01 Aug 2011 12:29 PM PDT

KULAIJAYA: Akibat taksub dengan ajaran tarekat disebarkan seorang wanita yang mengaku dirinya malaikat dan pemegang kunci pintu syurga, seorang lelaki nekad berhenti kerja dan mengabaikan tanggungjawab sehingga isterinya hidup serba kekurangan.

"Dia kerap menghilangkan diri berbulan-bulan kononnya kerana ingin beramal mencari pahala," kata isteri lelaki itu yang hanya mahu dikenali sebagai Azrina.

Wanita berusia 40 tahun itu berkata, suaminya, Mohamed, 44, juga banyak melakukan perkara bertentangan ajaran Islam termasuk melakukan pemujaan hingga ke Indonesia.

"Dia melakukan pemujaan di makam, upacara korban binatang dan mencari harta karun hingga ke Aceh sebagai cara mendekati 'malaikat' itu sedangkan anak dan isteri di rumah hidup melarat," katanya.


Azrina berkata, Mohamed bukan saja lupa tanggungjawab sebagai ketua keluarga, malah bersikap pelik dengan memakai lebih 20 tangkal termasuk diperbuat daripada bulu binatang kononnya sebagai pendinding dan pelaris.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hidup bagai pelarian

Posted: 01 Aug 2011 11:10 AM PDT

ALOR GAJAH: Seorang guru mendakwa terpaksa hidup seperti pelarian apabila bekas suami tidak henti-henti mengancam keselamatannya termasuk mengupah samseng menyerang suami barunya sehingga telinga hampir putus dan menerima 65 jahitan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 30, berkata biarpun dia berjaya mendapatkan perintah perlindungan sementara daripada mahkamah awal Disember tahun lalu, bekas suaminya mengganggunya dan terbaru, suami barunya dikenali sebagai, Kafi, 35, cedera akibat diserang samseng upahan.

"Kejadian pada malam 3 Julai lalu apabila kami bersiap untuk berangkat ke Kuala Lumpur. Ketika suami sibuk memasukkan beg pakaian ke dalam but kereta, tiga lelaki secara tiba-tiba datang menetaknya dengan senjata tajam.

"Kejadian di laman rumah di Besut, Terengganu berlaku terlalu pantas, dalam tempoh lima minit akibat tetakan itu suami menerima 65 jahitan dengan telinga suami hampir putus, retak tulang lengan, luka ibu jari dan sakit di seluruh badan.


"Dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital selama dua minggu dan saya percaya kejadian serangan ini didalangi bekas suami kerana dendam," katanya ketika ditemui di sini bagi mendapatkan bantuan Pembela Barisan Nasional (BN) Melaka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved