Selasa, 2 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Kepala pembonceng digilis kenderaan berulang kali

Posted: 01 Aug 2011 10:55 PM PDT

BUKIT BERUNTUNG: Seorang pembonceng motosikal wanita, Y Tilakavathi, 43, terbunuh dengan kepalanya hancur akibat digilis beberapa kenderaan selepas terbabit kemalangan di Kilometer 6, Jalan Sungai Choh-Bukit Beruntung, dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam apabila mangsa yang membonceng motosikal teman lelakinya berusia 33 tahun bergesel sebuah kenderaan lalu terbabas dan terjatuh.


Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi, berkata pasangan itu dalam perjalanan pulang ke rumah dari Sungai Choh ke Bukit Beruntung.

Katanya, siasatan awal mendapati motosikal Modenas Kriss dinaiki mangsa dan teman lelakinya hilang kawalan ketika melalui selekoh tajam lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.


"Mangsa tercampak beberapa meter selepas bergesel sebuah Proton Iswara yang datang dari Bukit Beruntung.


"Mangsa dipercayai digilis beberapa kenderaan menyebabkan sebelah tangannya putus dan ditemui kira-kira 50 meter dari tempat kejadian," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk bedah siasat sementara penunggang yang parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk menerima rawatan lanjut.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

3,000 kalut hidu racun anai-anai

Posted: 01 Aug 2011 10:50 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 3,000 kakitangan beberapa syarikat yang berpejabat di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, di sini, terpaksa mengosongkan bangunan pejabat setinggi lima tingkat selepas terhidu gas racun serangga, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, kakitangan yang baru tiba untuk memulakan tugas terkejut apabila sukar bernafas selain mata pedih akibat terhidu gas yang dikeluarkan cecair kimia yang digunakan untuk menghapuskan anai-anai.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Penolong Kanan Penguasa Bomba Shaari Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 9.52 pagi sebelum tiba di tempat kejadian enam minit kemudian.

Beliau berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil dan Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek bersama 28 anggota tiba di tempat kejadian untuk kerja pencegahan awal.


Menurutnya, kebocoran gas berpunca daripada bahan kimia digunakan untuk menghapuskan anai-anai yang meruap lalu menghasilkan gas sebelum tersebar ke udara.


Katanya, Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jelatek turut dikejarkan ke tempat kejadian sejurus mendapati indeks kandungan gas sekitar tempat kejadian meningkat.

"Pasukan Hazmat yang tiba di tempat kejadian kemudian memindahkan bahan kimia itu menggunakan alat khas bagi mengeluarkan gas dari bangunan berkenaan.


"Keadaan dikawal kira-kira dua jam kemudian dan disahkan selamat untuk digunakan semula kakitangan seperti biasa," katanya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan semua kakitangan dibenarkan memasuki semula bangunan kira-kira jam 1 tengah hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved