Sabtu, 13 Ogos 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Amuk berang ditegur

Posted: 12 Aug 2011 11:05 AM PDT

KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental.

Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin.

Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang.

Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara.


"Selepas balik dia terus mengejar kucing yang berkeliaran dalam rumah dan pada masa sama ternampak dia memarahi anak-anaknya kerana membuat bising.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Beli 'suka-suka'

Posted: 12 Aug 2011 10:51 AM PDT

RANTAU PANJANG: Ketika Kelantan mencatatkan kes kecederaan akibat mercun paling tinggi, Pekan Mundok di Selatan Thailand yang bersempadan Kampung Bukit Lata di sini, dikesan menjadi 'lubuk' bekalan mercun dan bunga api yang banyak dijual secara terbuka dan harganya pula dikatakan amat murah.

Tinjauan Harian Metro ke pekan yang meriah pada setiap Jumaat itu mendapati, bekalan yang banyak dan murah itu menarik sebilangan penduduk negara ini yang cuba menyeludup masuk mercun dan bunga api melalui pelbagai cara termasuk membungkusnya dengan rapi termasuk di dalam plastik hitam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.


Bagaimanapun, kawalan ketat anggota Rejimen Sempadan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjaya menggagalkan percubaan berkenaan. Buktinya, berlonggok-longgok mercun dan bunga api yang dirampas, dikumpulkan di kawasan jeti.

Malah, ketika wartawan Harian Metro meninjau kawasan jeti berkenaan, ada penyeludup yang merayu kepada anggota keselamatan supaya mercun dan bunga api mereka dipulangkan semula dengan alasan hanya membeli untuk 'suka-suka'. Namun, nasib mereka tidak begitu baik kerana anggota keselamatan tetap bertegas, undang-undang tetap undang-undang.


Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, menasihatkan orang ramai khususnya ibu bapa tidak membenarkan anak mereka bermain mercun kerana boleh mengundang padah.


Beberapa kes membabitkan cedera akibat bermain mercun di Kelantan sebelum ini, termasuk seorang remaja yang kehilangan tiga jari tangan kiri akibat bermain mercun bola ternyata belum mampu menimbulkan keinsafan kepada orang ramai.

Dalam pada itu, pengunjung ke pekan berkenaan didapati meningkat sekali ganda berbanding kira-kira 7,000 pengunjung pada hari biasa, berikutan ramai yang mencari barangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.


Ini terbukti apabila parkir penuh dan bot yang digunakan untuk ke pekan itu dengan tambang RM1 setiap seorang sentiasa penuh dengan penumpang.

Seorang pengunjung dari Kota Bharu, Mazlan Che Hassan, 45, berkata, meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh serta kesesakan jalan raya di laluan lama Pasir Mas-Rantau Panjang, ia bukan penghalang untuk dia sekeluarga membeli-belah di Pekan Mundok.


Katanya, untuk persiapan Aidilfitri, dia dan isteri serta anak bercadang membeli kain langsir dan pinggan mangkuk kerana di harga barangan di pekan itu lebih murah sehingga RM10 berbanding di tempat lain.


"Memang di tempat lain ada menjual barangan sama tetapi di sini, harganya lebih murah.


"Cuba lihat, tempat meletak kenderaan penuh sehingga ada yang terpaksa meletak kenderaan di dalam kebun getah tetapi ramai yang sanggup datang ke Pekan Mundok," katanya yang sudah lebih lima kali ke Pekan Mundok, sejak bermulanya Ramadan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved