Sabtu, 13 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


‘Saya tak tahu ini salah’

Posted: 12 Aug 2011 10:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya tak tahu langsung pekerjaan yang saya buat ini sebenarnya salah. Kalau saya tahu, saya tak akan ambil risiko untuk melakukan kerja ini," kata 'orang emas' yang ditahan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan dalam satu operasi di Bukit Bintang, di sini, jam 9 malam kelmarin.

Dia yang mahu dikenali sebagai Elvis, 42, berkata menjadi 'orang emas' atau 'Gold Man' adalah sumber rezekinya dan pendapatan diperoleh agak memuaskan serta mampu menampung isteri dan dua anak berusia dua bulan dan tiga tahun yang tinggal di Ipoh, Perak. "Saya diberi jaminan oleh rakan bahawa pekerjaan ini tidak salah dan pihak berkuasa tidak akan mengganggu serta dijanjikan pulangan pendapatan dengan sekelip mata.


"Tanpa berfikir panjang, saya membeli tiket ke Kuala Lumpur seminggu lalu. Ini hari keempat saya bekerja sebagai Gold Man. Tidak sangka akan ditahan pihak berkuasa," katanya.

Elvis berkata, kini dia risau memikirkan nasib isteri dan anaknya jika kesalahan yang dilakukan akan menyebabkannya didakwa serta ditahan dalam tempoh yang agak lama.


"Saya buntu memikirkan nasib isteri dan anak yang masih kecil, bagaimana isteri akan mencari wang untuk menampung kehidupan mereka kerana selama ini dia tidak pernah bekerja," katanya.


Katanya, sepanjang empat hari melakukan pekerjaan itu dia mampu memperoleh pendapatan antara RM100 dan RM200 dalam sehari.

Apa yang dilakukannya hanyalah berdiri dengan meletakkan satu tin kosong dan mengharap simpati orang ramai memasukkan duit bagi membolehkannya membuat pelbagai gaya sambil orang ramai merakam gambar bersamanya.


Elvis berkata, selepas mengetahui apa dilakukannya menyalahi undang-undang dia menyesal dan akan lebih berhati-hati memilih pekerjaan pada masa hadapan. Sementara itu, Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, kegiatan Elvis yang meraih simpati agar diberikan sumbangan kewangan dianggap sebagai mengemis.

"Dia akan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Orang Papa 1977 dan boleh ditahan untuk tempoh sebulan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Si buta libas pegawai JKM

Posted: 12 Aug 2011 10:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pengemis yang cacat penglihatan ibarat naik hantu dan bertindak samseng apabila melibas kerusi lipat miliknya ke arah dua kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ketika dia cuba ditahan kerana mengemis di bazar Ramadan di Setapak Jaya, di sini kelmarin.

Selepas menyedari kehadiran kakitangan JKM, lelaki pertengahan umur itu bersama seorang rakannya pada awalnya cuba menagih simpati untuk mengelak ditahan, namun apabila rayuannya tidak diendahkan pertengkaran mulut tercetus dan dia melemparkan pelbagai kata-kata kesat sehingga keadaan menjadi tegang.


Situasi bertambah kecoh apabila beberapa pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan itu menghalang kakitangan JKM daripada menahan pengemis terbabit bersama seorang rakannya yang senasib.

Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM Wilayah Persekutuan, Mujah Hamat berkata, dalam keadaan kecoh itu seorang daripada pengemis itu tiba-tiba melibas kerusi lipat miliknya ke arah kakitangan JKM.


"Namun tiada apa-apa berlaku kerana libasannya tidak mengenai kami walaupun beberapa kali dia berusaha mencederakan kami. "Berikutan insiden berkenaan orang ramai yang berada di situ memarahi dan menengking kakitangan JKM kerana mengesyaki kami cuba berniat jahat ke atas kedua-dua pengemis itu," katanya.


Katanya, keadaan bertambah tegang berikutan tindakan beberapa peniaga yang mengugut kakitangan JKM supaya meninggalkan kawasan itu sebelum sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

"Dalam situasi yang agak kelam-kabut itu, kedua-dua pengemis terbabit berjaya meloloskan diri di celah orang ramai yang membantu mereka melarikan diri," katanya.


Menurut Mujah, pihaknya percaya pengemis cacat penglihatan itu mampu memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM500 dan RM1,000 sehari.

Operasi kelmarin, kali kedua diadakan sepanjang Ramadan ini membabitkan 25 kakitangan JKM. Kawasan diserbu termasuk bazar Ramadan Setapak Jaya, Titiwangsa, Bandar Baru Sentul, Chow Kit dan Bukit Bintang.


Dalam operasi itu, enam pengemis dewasa berusia 30 hingga 58 tahun dan sembilan kanak-kanak berusia antara satu hingga sembilan tahun ditahan.


Semua mereka di bawa ke pusat lindungan JKM untuk siasatan lanjut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved