Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 12 Aug 2011 11:05 AM PDT KUALA NERANG: Hanya kerana seekor kucing, seorang warga emas maut manakala isterinya cedera akibat ditetak di kepala oleh anak mereka yang mengalami masalah mental. Kejadian amuk itu berlaku di Kampung Pasir Putih, Mukim Tualak di sini ketika keluarga berkenaan sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa kira-kira jam 7.15 malam kelmarin. Saman Sirun, 60, yang cedera teruk di kepala dan tangan serta putus pergelangan kaki kanan mati dalam perjalanan ke hospital manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 51, menerima lima jahitan di belakang kepala dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang. Menantu mangsa, Mohd Nazrin Zainon, 32, berkata, suspek yang juga abang iparnya berusia 33 tahun baru pulang dari Jitra selepas membeli pakaian untuk persiapan Aidilfitri sebelum balik ke rumah dalam keadaan tergesa-gesa dengan menaiki Proton Iswara.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Posted: 12 Aug 2011 10:51 AM PDT RANTAU PANJANG: Ketika Kelantan mencatatkan kes kecederaan akibat mercun paling tinggi, Pekan Mundok di Selatan Thailand yang bersempadan Kampung Bukit Lata di sini, dikesan menjadi 'lubuk' bekalan mercun dan bunga api yang banyak dijual secara terbuka dan harganya pula dikatakan amat murah. Tinjauan Harian Metro ke pekan yang meriah pada setiap Jumaat itu mendapati, bekalan yang banyak dan murah itu menarik sebilangan penduduk negara ini yang cuba menyeludup masuk mercun dan bunga api melalui pelbagai cara termasuk membungkusnya dengan rapi termasuk di dalam plastik hitam bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.
Malah, ketika wartawan Harian Metro meninjau kawasan jeti berkenaan, ada penyeludup yang merayu kepada anggota keselamatan supaya mercun dan bunga api mereka dipulangkan semula dengan alasan hanya membeli untuk 'suka-suka'. Namun, nasib mereka tidak begitu baik kerana anggota keselamatan tetap bertegas, undang-undang tetap undang-undang.
Dalam pada itu, pengunjung ke pekan berkenaan didapati meningkat sekali ganda berbanding kira-kira 7,000 pengunjung pada hari biasa, berikutan ramai yang mencari barangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri.
Seorang pengunjung dari Kota Bharu, Mazlan Che Hassan, 45, berkata, meskipun terpaksa menempuh perjalanan jauh serta kesesakan jalan raya di laluan lama Pasir Mas-Rantau Panjang, ia bukan penghalang untuk dia sekeluarga membeli-belah di Pekan Mundok.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan