Rabu, 24 Ogos 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


4 hari kurung kekasih suami

Posted: 23 Aug 2011 09:17 AM PDT

GOMBAK: Tangannya digari, kepalanya dibotakkan manakala sebatang gigi depan dicabut dengan playar ketika dikurung selama empat hari di sebuah rumah di Taman Saga, Ampang, di sini, sejak Jumaat lalu.

Itu nasib seorang wanita berusia 31 tahun yang diculik isteri kekasihnya yang berang dengan tindakan mangsa menjalin hubungan sulit dengan suaminya.

Mangsa yang tinggal di Rawang diculik dari rumahnya kira-kira jam 9 malam Jumaat lalu dan suspek yang berusia awal 30-an dibantu adik lelakinya berusia lewat 20-an.

Sumber polis berkata, sepanjang dijadikan tahanan, mangsa didera dan tidak diberikan makanan, malah suspek serta adik lelakinya meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya atau mangsa akan dibunuh.


Menurutnya, ketika menculik mangsa, suspek dan adik lelakinya itu mengetuk pintu rumah mangsa sebelum memperkenalkan diri isteri kepada teman lelaki mangsa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Maut dalam longkang

Posted: 23 Aug 2011 09:17 AM PDT

PASIR MAS: Mayat seorang tukang rumah ditemui dalam keadaan seperti duduk antara dua sujud dengan kopiah masih melekat di kepalanya selepas dihempap runtuhan kepingan konkrit penutup longkang setebal kira-kira 10 sentimeter dan ditimbus pasir ketika pergi ke kawasan longkang berhampiran tempatnya bekerja dekat Kampung Lati, di sini, untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa, Ibrahim Awang Kecik, 58, dari Kampung Dalam Parit, Meranti, di sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.


Sebelum kejadian, mangsa yang sepatutnya memasang atap sebuah kedai makan bersama rakannya, pergi ke kawasan longkang berhampiran untuk membuang papan lapis di bawah kepingan konkrit penutup longkang berkenaan apabila ia runtuh.

Difahamkan, kepingan konkrit penutup longkang yang baru disiapkan sebulan lalu oleh pihak lain, runtuh selepas mangsa mengalihkan tiang penahannya.


Rakan mangsa, Mohd Rosli Ibrahim, 55, berkata, sebelum kejadian Ibrahim menyuruhnya memulakan kerja membuang dan memasang atap zink di sebuah kedai makan kerana mahu membuang papan lapis di bawah penutup longkang yang tiada kena mengena dengan pekerjaan mereka.


Katanya dia tidak sempat melihat ke mana Ibrahim pergi dan menyedari kehilangannya selepas rakannya itu tidak menyahut panggilannya.

"Selepas beberapa kali memanggil tetapi tiada sahutan, saya mencarinya dan bertanya kepada peniaga daging kira-kira 50 meter dari tempat bekerja.


"Saya memang tidak perasan longkang itu runtuh sehinggalah penduduk kampung yang melalui kawasan itu memberitahu longkang dipenuhi pasir seperti runtuh. "Selepas mengesyaki ada yang tidak kena, saya bersama penduduk kampung menghubungi bomba untuk menggali kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurutnya, hancur luluh hatinya apabila mayat rakannya ditemui di bawah runtuhan konkrit penutup longkang dan ditimbus pasir.


Katanya, dia dan Ibrahim sudah tiga hari melakukan kerja baik pulih kedai makan itu dengan menukar zink lama kepada yang baru.


"Penutup longkang konkrit selebar tiga meter itu bukan kami yang buat tetapi pihak lain dan siap sebulan lalu. Saya tidak tahu mengapa arwah tiba-tiba mahu membuang papan lapis di situ kerana ia tiada kena mengena dengan kerja kami.


"Akibatnya, Ibrahim ditimpa kemalangan. Kemungkinan dia ditimpa runtuhan konkrit itu ketika cuba mengalihkan tiang penongkat di bawah kepingan konkrit," katanya.


Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Azuhan Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 9.43 pagi dan tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian.


Katanya lima anggota bomba mengeluarkan mangsa yang ditemui dalam keadaan terduduk di bawah runtuhan konkrit serta pasir pada jam 10.55 pagi sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved