Rabu, 24 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Anak pengsan bapa mati

Posted: 23 Aug 2011 09:26 AM PDT

KLANG: Tiga mangsa yang cedera akibat dipanah petir di U5 Glenmarie, Shah Alam, kira-kira jam 2.40 petang kelmarin dilaporkan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang dan dibenarkan pulang pada petang semalam.

Mangsa, Sumriyah Arup, 35, atau Som tidak menyangka bahawa hari kejadian hari terakhir dia berbual mesra dengan suaminya, Suradi Muhamad, 45, yang maut bersama dua yang lain ketika mereka sedang duduk bersantai di depan pintu rumah kongsi mereka.


"Saya sedang mencuci pinggan di dalam rumah kongsi sementara suami saya bersama abang ipar dan sepupu sedang berehat di depan pintu sebelum kilat menyambar air yang bertakung di depan pintu rumah kongsi kami.

"Selepas bekerja suami macam biasa berehat letakkan kaki dalam air bertakung. Tapi tak sangka boleh terkena renjatan yang daripada air yang naik akibat hujan lebat sebaik petir menyambar," katanya.


Sumriyah yang kelihatan trauma selepas kehilangan suami tercinta hanya memikirkan keadaan dua anaknya yang ditinggalkan di Jawa Timur berusia lapan dan 13 tahun.


"Kedua-dua anak saya sudah dimaklumkan mengenai kematian ayah mereka dan saya diberitahu saudara bahawa anak saya pengsan sebaik dimaklumkan tragedi menimpa ayah mereka," katanya.

Mangsa, Rosit Sadin, 20, ketika ditemui di HTAR berkata, dia dan abangnya Dasir Sadin, 31, tetap akan pulang berhari raya walaupun masih trauma dengan kejadian berkenaan.


Sementara itu, jurucakap HTAR berkata, mangsa yang masih lemah dan memerlukan pertolongan untuk bergerak dengan dipapah, namun mereka dibenarkan pulang.

Harian Metro semalam melaporkan enam buruh Indonesia maut, manakala lima lagi cedera dipanah petir dalam dua kejadian berasingan di Selangor, kelmarin.


Kejadian pertama kira-kira jam 2.40 petang di tapak pembinaan di U5 Glenmarie, Shah Alam, meragut tiga nyawa. Lima minit kemudian, tiga lagi maut dalam kejadian di Sungai Choh, Hulu Selangor, ketika semua mangsa sedang menanam sayur.

7,307 disaman

Posted: 23 Aug 2011 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepanjang Ramadan ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah mengeluarkan 7,307 kompaun kesalahan trafik kepada kenderaan di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata nilai kompaun yang membabitkan pelbagai kesalahan trafik itu bernilai RM100 dan RM300.

Selain itu, sehingga kini sebanyak 114 kenderaan sudah ditunda DBKL, katanya, selepas meninjau Bazar Ramadan dan Aidilfitri di sekitar jalan terbabit, semalam.

"Hari ini saya meninjau keadaan di Jalan TAR dan Masjid India mendapati keadaan di sini lancar dengan perniagaan berjalan dengan baik dan menurut peniaga, pengunjung ke bazar ini lebih ramai daripada tahun-tahun sebelum ini.


"Kebanjiran pengunjung ini menunjukkan ekonomi kita mula pulih dan orang ramai suka berkunjung ke bazar membeli barang persiapan Aidilfitri pada waktu perayaan begini," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved