Jumaat, 19 Ogos 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Koleksi kapas Aidilfitri

Posted: 19 Aug 2011 07:04 AM PDT

FABRIK kapas sering menjadi pilihan kerana lebih lembut, sejuk dan menyerap peluh.

Ia selesa dipakai kerana berupaya menguasai cuaca dan sesuai digayakan di mana saja sama ada negara beriklim tropika, sejuk mahupun panas.

Warna yang dicetak pada fabrik ini kebiasaannya mempunyai daya tahan terhadap cuaca serta menghasilkan warna segar dan tidak mudah pudar.

Kelebihan kapas yang diperakui mempunyai keistimewaan tersendiri menguasai pasaran fabrik sejak berzaman lagi dan berjaya menyaingi pelbagai jenis fabrik lain, kini masih menjadi pilihan tidak kira tua atau muda.


Justeru, rekaan butik Mayfair Designs yang direka Leung Thong Ping mengetengahkan koleksi raya kebanyakannya menggunakan fabrik kapas bagi memenuhi kehendak pelanggan yang masih setia dengan pemakaian fabrik berkenaan.


Inspirasi daripada rekaan terbaik, corak geometri dan berleher klasik pastinya membuatkan gaya penampilan berbeza selain bijak menyuaipadankan pemakaian agar lebih kreatif.

Mementingkan konsep kemas, pantas dan bergaya, ia memberikan langkah ringkas bagi memadankan pakaian yang direka nampak sesuai dengan penampilan yang diingini agar kelihatan segar serta ceria.

Caranya mudah saja, mengenakan kain sarung secara berasingan dengan memilih baju blaus potongan bebas beralun mengikut paras yang diinginkan sama ada panjang, paras lutut atau lebih singkat.

Jika anda tidak gemarkan penampilan blaus, boleh juga memilih baju kurung biasa atau kurung Kedah paras punggung yang boleh digayakan dengan kain sarung selain kebarung dengan gaya moden.

Kemudian, pilih kain sarung berkait potongan tirus untuk dipadankan dengan pemilihan baju yang digemari.

Bagi yang inginkan kelainan, kain sarung juga boleh dijadikan gaun menarik hingga ke paras dada yang boleh digandingkan dengan kebarung, ia tampak berbeza ketika menghadiri majlis rumah terbuka di Aidilfitri nanti.

Selain itu, Mayfair Designs juga menampilkan koleksi kaftan mengikut potongan yang digemari sama ada bersaiz pendek yang boleh digayakan ketika bersantai bersama keluarga atau teman.

Butik ini turut menerima tempahan baju mengikut rekaan, saiz dan gaya digemari oleh pelanggan bagi menampilkan rekaan yang lebih menarik dan kreatif. Ia boleh dikunjungi di tingkat tiga, Plaza Bukit Bintang, Kuala Lumpur, yang dibuka setiap hari bermula jam 11 pagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Produk organik untuk kekal jelita

Posted: 19 Aug 2011 05:57 AM PDT

WANITA memang mahukan kulit yang halus mulus tanpa sebarang celaan, namun dengan pelbagai produk di pasaran, ia pasti menyukarkan untuk membuat pilihan.

Awas kerana kebanyakan produk di pasaran mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan kulit serta pengawet paraben yang menyebabkan kanser payudara.

Kulit yang cantik bermula dari kulit yang sihat dan kulit yang sihat bermula dengan pengambilan pemakanan seimbang disamping pembekalan sel kulit dengan nutrien yang secukupnya.

Ini boleh anda dapati menggunakan sumber botani yang kaya dengan vitamin, antioksida dan protein yang membantu meremajakan wajah.


Di Secretleaf, anda boleh mendapatkan produk penjagaan kulit yang bebas daripada bahan kimia. Pure Oil Series 01 mendapat sambutan hangat

di seluruh negara sejak diperkenalkan tahun lalu.

Ia diformulakan daripada 100 peratus minyak argan asli dan organik bagi membantu mengatasi masalah kulit kering, kedutan dan garis halus.

Dengan Pure Oil Series 01, pengguna dapat menikmati sepenuhnya khasiat 'Cecair Emas Maghribi' ini tanpa sebarang penambahan bahan pengawet mahupun pewangi.

Minyak argan turut diguna di salun eksklusif luar negara untuk rawatan rambut rosak, pemulihan rambut bercabang dan spa rambut.

Ia mengembalikan sinar dan seri kepada rambut yang tidak bermaya serta menyihatkan kulit kepala agar rambut mudah tumbuh selain mengurangkan keguguran rambut.

Selepas Pure Oil Series 01, Secretleaf muncul dengan produk kedua berasaskan minyak argan organik iaitu Moisturizing Facial Soap With Organic Argan Oil, pencuci muka dengan tri-tindakan: melembap, mencerah dan mengembalikan keanjalan kulit.

Ia turut mengandungi kolagen marin untuk mengurangkan garis-garis halus serta ekstrak licorice bagi memudarkan parut dan bintik-bintik hitam.

Paling unik, ia diformulasi tanpa SLS, agen pembuih yang banyak digunakan dalam pembersih muka yang boleh mengakibatkan kekeringan kulit.

Gunakan ia bersama Pure Oil Series 01 untuk dua kali ganda keberkesanan minyak argan.

Berbanding produk organik lain, produk keluaran Secretleaf mampu dimiliki kerana harganya yang berpatutan.

Anda boleh mendapatkan Pure Oil Series 01 secara online di www.e-secretleaf.com atau farmasi terpilih dan rangkaian Farmasi Alpha, Multicare Pharmacy, Farmasi Ehsan (Kelantan) dan Healthlane Pharmacy.

Untuk mendapatkannya melalui pengedar berdekatan, hubu-ngi 016-2273815/3816/3813 atau talian bebas tol 1-800-88-3818 pada waktu pejabat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved