Jumaat, 19 Ogos 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


14 barang rampas dilelong dalam 20 minit

Posted: 18 Aug 2011 11:20 AM PDT

PETALING JAYA: Lelongan awam yang diadakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, semalam mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai apabila semua 14 barang habis dalam 20 minit.

Lelongan terbabit yang dijalankan berdasarkan Waran Tahanan (Sita) 2007 bagi tunggakan cukai pintu itu menyebabkan suasana hangat kerana orang ramai berebut-rebut membida barangan elektrik seperti televisyen, pemain cakera padat video (VCD), periuk nasi dan pembersih hampagas.


Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakaria, berkata lelongan itu dilakukan jika pemiliknya gagal membayar tunggakan cukai pintu walaupun diberi tempoh secukupnya.

Katanya, barang yang dirampas itu tunggakan cukai pintu sejak penggal kedua 2009 dengan nilai tunggakan RM25,000.


"Lelongan awam ini kebiasaannya dijalankan dua kali setahun kerana kutipan cukai pintu dilakukan dua penggal dalam setahun, tetapi sebelum premis disita, kami akan memaklumkan kepada pemilik mengenai jumlah tunggakan.


"Selepas tiada tindakan susulan iaitu pembayaran, baru penguat kuasa MBPJ ke premis atau kediaman terbabit untuk menyenaraikan harta mudah alih yang boleh disita," katanya selepas lelongan awam, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jejak suspek habis-habisan

Posted: 18 Aug 2011 10:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah pasukan petugas yang dianggotai pegawai polis dari Kuala Lumpur dan Selangor dibentuk untuk mengumpul maklumat dan menjejaki penjenayah yang terbabit kes serangan asid terbaru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata polis berusaha habis-habisan untuk menahan penjenayah terbabit dan menyelesaikan kes itu secepat mungkin.

Polis Kuala Lumpur sudah mengedarkan imej komposit seorang daripada suspek kepada media semalam.

Mohd Bakri, bagaimanapun menolak spekulasi serangan terbaru itu mempunyai kaitan dengan penyimbah asid bersiri yang mencederakan beberapa mangsa sejak Mac tahun ini.


"Kami ada alasan kukuh untuk mempercayai jenayah ini tidak mempunyai kaitan," katanya dalam kenyataan di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved