Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 01 Sep 2011 10:43 AM PDT SEREMBAN: Benarlah kata pepatah, seorang ibu mampu menjaga 10 anak, namun anak yang ramai belum tentu boleh menjaga ibu seorang. Itulah yang dialami bekas peneroka Felda Lyndon B Johnson (LBJ) di Labu, dekat sini, Bedah Ahmad (bukan nama sebenar), 80, yang ditinggalkan bersendirian di hujung usianya. Biarpun dikurniakan lapan anak, 50 cucu dan 28 cicit, ia tidak menjamin kebahagiaan Bedah kerana tiada siapa sanggup menemaninya kecuali menantu sulung yang menjenguknya sekali-sekala. Bedah yang tinggal bersendirian di rumah tinggalan arwah suami di Kampung LBJ, Labu, di sini, berkata, dia hanya mengharapkan belas ihsan jiran dan penduduk kampung terutama ketika sakit peningnya. "Walaupun menantu sulung ada mengajak tinggal sekali, nenek tidak sanggup duduk sebumbung dengan anak yang tidak mempedulikan ibunya. Mereka tidak pernah datang menjenguk kecuali jika perlukan duit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 01 Sep 2011 10:41 AM PDT BALIK PULAU: "Abang Chik nak manja dengan ayah boleh tak?" Itulah kata-kata yang terngiang-ngiang di telinga Ahmad Nasir Osman, 42, bapa kepada Abdullah Mukmin, 12, yang lemas ketika berkelah di pantai Kampung Pasir Panjang di sini, semalam. Mengenang semula detik pada malam menjelang 1 Syawal, Ahmad Nasir berkata, anak keempatnya itu tiba-tiba mengungkapkan kata sedemikian kepadanya. Menurutnya, dia tidak menyangka anak lelaki yang mahu bermanja dengannya itu pergi meninggalkan keluarga selepas lemas ditelan ombak bersama bapa saudaranya, Abdul Razak Osman, 32.
Kejadian berlaku jam 11 pagi ketika Abdullah Mukmin dan Abdul Razak sedang duduk bersama Ahmad Nasir dan abangnya, Abdul Latif Osman, 43, di atas batu sebelum ombak besar menghanyutkan mereka ke laut.
Menurutnya, dia kembali semula ke laut sebelum menemui Abdul Razak yang sudah lemas dan menariknya ke pantai sebelum orang ramai mula tiba untuk memberikan bantuan.
Jenazah Abdullah Mukmin, dikebumikan bersama Abdul Razak di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Betong, di sini, kira-kira jam 10 pagi ini.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan