Jumaat, 2 September 2011

Harian Metro: Hati


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Hati


Lambang kesopanan, budaya

Posted: 02 Sep 2011 10:19 AM PDT

APA yang menarik pada sepasang kebaya jika tidak pada sulaman yang halus serta kombinasi warna digunakan. Malah jika diperhatikan setiap kerawang mempunyai nilai seni serta kualiti yang tinggi kerana setiap satu dihasilkan menggunakan sulaman tangan.

Malah sejak 50 tahun lalu, setiap padanan kebaya kualitinya tidak pernah berubah, malah semakin anggun dan berseni apatah lagi apabila dipakai si gadis jelita.

Wanita yang mengenakan kebaya juga bukan saja tampak anggun, malah melambangkan kesopanan dan kekuatan budaya tempat asal mereka tanpa mengira usia.

Siapa yang tidak mengenali Ang Eng pemilik label terkenal dalam penghasilan rekaan kebaya nyonya yang bukan saja dikenali di negeri kelahirannya Alor Setar, malah seluruh dunia.


Kini perniagaan keluarga ini diambil alih oleh cucunya, Yu Lin yang berpendidikan dalam bidang fesyen.


Ketika ditemui pada majlis pertunjukan fesyen The Blue Kebaya di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini, Yu Lin memberitahu sebagai penyambung dua generasi dia tidak akan sesekali mengabaikan ciri keaslian pada potongan, sulaman serta padanan sarung digunakan kerana di situ letaknya nilai sentimental kebaya nyonya itu sendiri.

"Hingga ke hari ini sejak 1955, ciri klasik inilah yang mendukung kekuatan jenama ini. Lihatlah setiap padanan kebaya yang dihasilkan pasti sama sejak puluhan tahun dulu.

"Cuma perbezaan pada teknik sulaman tangan serta warna digunakan yang memberikan gaya berbeza apabila dipadankan dengan kain sarung," katanya yang pernah terbabit dalam beberapa siri pertunjukan fesyen sebelum ini
Menurut Yu Lin, sulaman pada sepasang kebaya nyonya adalah sangat penting.
Sebab itu dia terus mengemas kini menerusi teknik pemilihan warna pada benang sulam agar berpadanan dengan rona fabrik kasa serta corak pada kain sarung fabrik batik.

"Keistimewaan kebaya nyonya Ang Eng adalah pada pemilihan warna fabrik yang sepadan dengan corak kain sarung serta warna benang sulamnya. Inilah yang agak sukar dilakukan iaitu menentukan kesesuaian sulaman yang sepadan dengan fabrik," jelasnya.

Dia turut menegaskan tidak akan sesekali menjejaskan keaslian kebaya kerana ia kini menjadi pilihan bukan saja rakyat tempatan malah pelancong asing.

"Saya berbangga kerana keindahan seni kebaya mendapat penghargaan bukan saja penduduk tempatan malah pelancong asing. Mereka membeli dan memakainya ketika majlis rasmi di negara mereka. Ini membuktikan seni Malaysia diterima di luar negara," jelasnya.

Menceritakan bagaimana dia boleh mengambil alih perniagaan keluarga ini, menurut Yu Lin, asalnya neneknya membuka sebuah kelas sulaman kebaya nyonya yang disertai penduduk wanita pelbagai kaum.

Kemudian perniagaan ini semakin berkembang apabila diperturunkan kepada ibunya Lean Ong, sehingga mereka mampu membuka perniagaan di Kuala Lumpur.

Menurut Yu Lin, untuk memupuk minat bukanlah satu isu kerana darah menjahit memang diperturunkan daripada ibunya sejak dia kecil lagi.

Justeru, dia tidak perlu berfikir panjang meneruskan perniagaan ini kerana semua sudah ada di depan mata, jika dia tidak meneruskan kesinambungan seni negara ini siapa lagi.

"Sejak kecil saya melihat nenek dan ibu menjahit. Secara tidak langsung minat itu ada dalam diri saya. Lama-kelamaan saya juga pandai menjahit dan menjadikannya sebagai hobi menolong ibu menyulam baju.

"Bagi memantapkan lagi kemahiran, saya melanjutkan pelajaran dalam bidang fesyen semata-mata mendapatkan tauliah dalam industri ini. Saya berbangga kerana akhirnya penat lelah nenek dan ibu berbayar dengan adanya dua butik eksklusif di pusat beli-belah Suria KLCC dan Great Eastern Mall," ujarnya yang turut melakukan sulaman tangan sendiri pada setiap penghasilan produk kebaya nyonya miliknya.

Semua kebaya nyonya eksklusif Ang Eng kini boleh didapati di dua butik berkenaan pada harga RM200 ke atas.

Selain jenama Ang Eng, peragaan The Blue Kebaya anjuran bersama The Weld dan jenama barangan kemas Rafflesia, turut menghimpunkan 16 pereka tempatan dengan rekaan bertemakan kebaya biru.

Antaranya Ezuwan Ismail, Hazwani Osman dan Rizman Ruzaini yang pakaian mereka diperagakan pelakon dan model terkenal.

Fesyen serlah personaliti diri

Posted: 02 Sep 2011 10:09 AM PDT

FESYEN tidak hanya apa yang disarungkan ke tubuh, mahupun gaya personaliti yang ingin ditampilkan. Fesyen juga tidak semata-mata bertumpu kepada label mewah yang hanya boleh dimiliki sesetengah golongan masyarakat.

Bagi pusat beli-belah 1Utama, fesyen adalah salah satu medium terbaik untuk menyampaikan mesej positif bagi meraikan kecantikan dalaman seseorang.

Menerusi minggu fesyen 'Fashion On 1' yang berlangsung di pusat beli-belah terkemuka itu, baru-baru ini, mesej positif untuk membantu meningkatkan tahap personaliti seseorang ditonjolkan dalam pertunjukan fesyen pelbagai jenama, warna dan saiz yang menggambarkan kehidupan sebenar manusia.

"Minggu fesyen ini adalah sambutan untuk meraikan personaliti setiap individu. Kami mahu menerapkan unsur positif dalam diri seseorang menerusi fesyen atau gaya pilihan mereka, sekali gus memperkasakan kehidupan masyarakat negara ini tanpa mengira jantina, bangsa, bentuk badan dan usia.


"Fesyen itu sendiri sesuatu yang indah dan setiap manusia sepatutnya mampu menikmati keindahan itu tanpa kekangan.


"Jenama yang ada di pusat beli-belah ini pasti menepati selera dan permintaan setiap pengunjung yang ingin bergaya dengan trend terkini tanpa timbul keraguan sama ada ia sesuai atau tidak untuk mereka," kata Pengurus A&P 1Utama, Patrick So.

Sepanjang minggu itu, jenama popular seperti Charles & Keith, Forever21, Crocs, Nose, Padini, South China Sea, Xixili, Promod, Marks & Spencer, BUM serta Elle tampil dengan koleksi hangat bagi musim ini.

Tidak ketinggalan jenama premium seperti Bimba & Lola, Bebe, Aldo, French Connection, Guy Laroche, G2000, Marc Ecko & Zoo York, Kipling, Valentino Rudy dan Jaspal hadir memeriahkan pentas.

Konsep padu dan padan sememangnya menjadi tumpuan buat peminat fesyen, di mana minggu fesyen ini turut menyediakan khidmat pakar fesyen bagi setiap jenama dalam membantu pengunjung menata gaya menepati personaliti mereka.

Rona ceria turut membanjiri himpunan busana musim ini yang mana rekaan serta potongan ringkas menguasai pentas persembahan.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved