Khamis, 8 September 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


‘Aku nak tengok penjahat’

Posted: 07 Sep 2011 11:13 AM PDT

SERI ALAM: Seorang mangsa rompakan yang ditetak di kepala sempat melihat mayat penyerangnya yang maut akibat kemalangan selepas melakukan rompakan sebelum dia sendiri meninggal dunia beberapa jam kemudian.

"Berhenti...saya mahu tengok muka penjahat itu," kata S Vijayaratnam, 47, yang kebetulan melalui lokasi kemalangan membabitkan dua penjenayah yang menetak dia dan isterinya, G Vijayalakshmi, 45, di rumah mereka di Jalan Tasek 24, Masai di sini, jam 7.30 malam kelmarin.

Rakan mangsa, G Jayaseelan, 38, berkata ketika itu, Vijayaratnam dalam perjalanan ke Hospital Pakar Regency, dekat sini, apabila terserempak kemalangan jalan raya kira-kira 700 meter dari rumahnya membabitkan dua penjenayah yang sebelum itu melarikan diri selepas menyamun dan menetak dia dan isterinya.

"Kami tidak memberhentikan kereta kerana ketika itu kedua-dua mereka cedera parah akibat ditetak dengan parang, namun melalui tingkap kereta, Vijayaratnam sempat menjenguk mayat seorang daripada penjenayah yang terbunuh.


"Mayat penjenayah itu terbaring di sisi Proton Perdana milik Vijayaratnam yang mereka curi," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Cemas di KLIA

Posted: 07 Sep 2011 11:13 AM PDT

SEPANG: Sebuah pesawat Pakistan International Airlines terpaksa dikuarantin unit pemusnah bom sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, selepas pihak berkuasa menerima maklumat mengatakan terdapat bom di dalam pesawat berkenaan malam tadi.

Pesawat yang tiba kira-kira jam 9.30 malam itu di KLIA dan dijadualkan berlepas ke Lahore melalui penerbangan PK-899, malam tadi, terpaksa dikuarantin selepas pihak berkuasa dimaklumkan mengenai kewujudan bom berkenaan.

Menurut sumber, seorang anggota polis di lapangan terbang berkenaan membuat laporan polis selepas pihaknya menerima satu panggilan telefon mendakwa pesawat itu diletakkan bom.

Sementara itu, jurucakap Malaysia Airport Berhad (MAB) ketika dihubungi berkata, pihaknya mengesahkan menerima panggilan bom itu, namun enggan mengulas lanjut berikutan siasatan lanjut masih dilakukan.


"Pesawat yang mendarat lewat 30 minit daripada dijadualkan itu dikuarantin bermula jam 10 malam.


"Semua penumpang termasuk kru penerbangan seramai 177 orang diarah keluar daripada pesawat berkenaan sebaik mendarat," katanya.

Jurucakap polis berkata, sebaik semua penumpang dan kru penerbangan meninggalkan pesawat itu, unit pemusnah bom memulakan tugas untuk mengesan bom berkenaan.

Sehingga jam 1 pagi tadi, usaha mengesan bom terbabit masih dijalankan.

"Berikutan itu, hampir keseluruhan landasan di lapangan terbang itu terpaksa ditutup bagi memudahkan operasi mengesan bom berkenaan dilakukan selain mengelakkan kejadian tidak diingini," katanya.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved