Khamis, 8 September 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


4 minit menggerunkan

Posted: 07 Sep 2011 11:16 AM PDT

SHAH ALAM: Beberapa pelanggan sebuah restoran mamak di Seksyen 15, di sini, termasuk kanak-kanak yang sedang menjamu selera lari lintang-pukang menyelamatkan diri apabila premis itu dimasuki perompak bersenjatakan parang dan pisau.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) restoran berkenaan selama empat minit dan 11 saat pada kira-kira jam 4 pagi, 28 Ogos lalu, lima lelaki lengkap bertopi keledar serta ada yang memegang pisau dan parang meluru ke arah pelanggan.

Suspek turut mengacukan senjata tajam ke arah pelanggan sebelum merampas komputer riba milik pelanggan yang tergamam dengan kejadian, malah ada juga suspek cuba merampas beg tangan seorang wanita.

Jelas kelihatan menerusi rakaman CCTV pelbagai sudut, pelanggan sedang menjamu selera dan berbual dianggarkan 10 orang termasuk kanak-kanak yang panik berlari keluar dari restoran berkenaan.


Malah, ada juga pelanggan lelaki yang bertindak spontan melarikan diri dengan melompat besi penghadang restoran untuk menyelamatkan diri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Terkedu kena samun

Posted: 07 Sep 2011 10:31 AM PDT

KLANG: Seorang wanita berusia separuh abad terkedu apabila disamun seorang lelaki yang disangkanya anggota pasukan keselamatan dalam kejadian di lorong di Jalan Haji Mat Sidin, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang juga kerani di bandar ini baru saja tiba di rumahnya berhampiran lokasi dia disamun itu apabila didatangi sebuah Proton Saga berwarna merah tua.


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata seorang lelaki berusia 30-an keluar dari kereta itu dan menghampiri mangsa.

"Suspek mendakwa dia anggota keselamatan dan menunjukkan kad biru kononnya bukti. Mangsa diarahkan mengikutinya dan mangsa yang terpinga-pinga mengikut arahan.


"Mangsa dibawa ke arah lorong belakang kuil berhampiran rumah mangsa dengan kereta sebelum menurunkannya di situ.


"Selepas itu suspek merampas beg tangan mangsa mengandungi wang tunai kira-kira RM1,000 serta rantai leher dan meninggalkan mangsa terpinga-pinga sebelum suspek melarikan diri," katanya ketika ditemui, di sini, semalam. Menurutnya, berdasarkan maklumat mangsa, ketika kejadian suspek memakai kemeja-T hitam dan berseluar coklat manakala suspek berbadan gempal serta berkulit gelap.

Beliau berkata, tindakan memburu suspek giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun.


Dalam perkembangan kes lain, katanya, kelmarin pihaknya menerima sembilan laporan kes curi motosikal.

Menurutnya, kebanyakan kes curi motosikal itu mungkin berlaku ketika orang ramai pulang ke kampung pada cuti Aidilfitri lalu.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved