Sabtu, 10 September 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Tiga sahabat satu liang lahad

Posted: 09 Sep 2011 12:05 PM PDT

KANGAR: "Mayat mereka saya temui dalam keadaan berpelukan di dasar terusan. Ketiga-tiganya sudah tidak bernyawa ketika saya naikkan ke tebing," kata Mohd Husna Idris, 28, selepas cuba menyelamatkan tiga kanak-kanak yang lemas di sebuah terusan di Kampung Banat, di sini, petang semalam.

Mangsa dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu ialah pasangan kembar Abdul Hakam dan Abdul Hakim Zulkifli serta Muhammad Akmal Abdul Razak.
Ketiga-tiga mereka berusia lapan tahun.


Mohd Husna berkata, sebelum kejadian dia melarang ketiga-tiga mangsa mandi di terusan di hadapan rumahnya kerana kawasan itu agak dalam iaitu melebihi dua meter.

"Tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan kanak-kanak lain di atas terusan menyatakan tiga budak lemas. Saya terjun untuk menyelamatkan mereka tapi gagal," katanya ketika ditemui.

Bapa pasangan kembar, Zulkifli Mat Isa, 46, berkata ketika kejadian, dia berada di Kompleks Bernas berhampiran rumahnya sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kembarnya terbujur kaku di tepi terusan bersama rakan akrabnya, Muhammad Akmal.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Bukan maki peminat

Posted: 09 Sep 2011 12:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Saya mengakui ada mengeluarkan kata kesat iaitu 'babi' dan 'anjing' menerusi laman sosial facebook tetapi ia bukan ditujukan kepada peminat, sebaliknya kepada individu yang gemar membuat tohmahan kepada saya selama ini melalui laman sosial terbabit," kata pelakon, Gambit Saifullah, 26.

Katanya, perkataan itu digunakan ketika pertikaman lidah bersama individu yang menyamar sebagai peminatnya di facebook dan dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kerana bengang sejurus dihambur banyak kata makian oleh pengkritiknya itu.

Harian Metro 6 Jun lalu melaporkan Gambit pernah menggemparkan industri hiburan tanah air berikutan klip video Marilah Menari nyanyian Prema Yen dan dibintangi Shah Jaszle berbaur lucah dan mendapat tentangan ramai pihak selain didakwa memaki hamun bloger menerusi laman sosial berkenaan.

Katanya, perkara itu sudah pun berlarutan lebih empat bulan yang lalu sejak kontroversi klip video terbabit.


Berhubung isu terbaru itu, Gambit yang muncul sebagai hero dalam filem "Karipap Karipap Cinta" pada 31 Ogos lalu memohon maaf secara terbuka di akaun facebook miliknya terutama kepada mereka yang marah dengan tindakannya itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved