Sabtu, 10 September 2011

Harian Metro: Setempat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: Setempat


Riwayat cinta

Posted: 09 Sep 2011 12:03 PM PDT

SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal.

Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih.

Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.


Menurutnya, selang beberapa minit dia terdengar bunyi orang bernafas kuat dari dalam rumah itu sebelum dia dan seorang lagi jiran meninjau untuk melihat apa yang berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

9 pengawal tak muncul-muncul

Posted: 09 Sep 2011 11:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai sumber manusia kerugian RM10,300 selepas diperdaya seorang ejen pembekal pekerja asing yang berjanji membekalkan sembilan pengawal keselamatan warga asing kepada syarikatnya, tetapi gagal berbuat demikian.

Malah, hingga kini, ejen terbabit gagal dihubungi.


Mangsa, Shamini, 30, berkata, sejak dia membuat pembayaran terakhir pada 16 Ogos lalu bagi mendapatkan pekerja asing, ejen terbabit seolah-olah mendiamkan diri walaupun dia cuba menghubunginya berulang kali, namun panggilannya tidak dijawab.

Menurutnya, dia menerima arahan daripada majikan untuk mengambil sembilan pengawal keselamatan sebelum menghubungi ejen terbabit dan bertemunya pada 12 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah terkemuka.


"Pada pertemuan itu, saya membuat bayaran pertama sebanyak RM4,350 kepada ejen itu selepas berbincang mengenai perkara itu.


"Saya turut menyerahkan satu dokumen perjanjian kepada ejen itu untuk ditandatangani bagi urusan pengambilan pekerja asing berkenaan, namun dia menolak dengan alasan dia hanya ejen.

"Bagaimanapun, dia berjanji akan meminta pihak syarikatnya untuk berbuat demikian dan mengambil dokumen berkenaan," katanya.


Katanya, selepas berbincang dengan majikannya, mereka mengambil keputusan untuk menambah bilangan pengambilan pekerja kepada 25 orang kerana yakin dengan cara pengurusan ejen terbabit.

Menurutnya, dia menghubungi ejen terbabit pada 15 Ogos lalu bagi memaklumkan perkara itu dan selepas bersetuju, mangsa meminta nombor akaunnya bagi urusan transaksi pembayaran.


"Saya memasukkan RM3,450 ke dalam akaunnya dan ejen terbabit berjanji akan menghantar pekerja berkenaan keesokan hari.


"Pada 16 Ogos lalu, saya mendapat panggilan daripadanya memaklumkan perlu membayar lagi RM2,500 bagi urusan berkenaan dan bersetuju kerana syarikat kami memerlukan pekerja itu secepat mungkin," katanya.


Bagaimanapun, pada keesokan harinya, pekerja yang dijanjikan tidak muncul, malah ejen terbabit tidak menjawab panggilan walaupun dihubungi berulang kali.


Shamini membuat laporan polis Rabu lalu selepas menyedari ejen terbabit menipunya kerana hingga kini, syarikatnya belum menerima pekerja yang dijanjikan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved