Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 09 Sep 2011 12:05 PM PDT KANGAR: "Mayat mereka saya temui dalam keadaan berpelukan di dasar terusan. Ketiga-tiganya sudah tidak bernyawa ketika saya naikkan ke tebing," kata Mohd Husna Idris, 28, selepas cuba menyelamatkan tiga kanak-kanak yang lemas di sebuah terusan di Kampung Banat, di sini, petang semalam. Mangsa dalam kejadian kira-kira jam 5.15 petang itu ialah pasangan kembar Abdul Hakam dan Abdul Hakim Zulkifli serta Muhammad Akmal Abdul Razak.
"Tidak lama kemudian, saya terdengar jeritan kanak-kanak lain di atas terusan menyatakan tiga budak lemas. Saya terjun untuk menyelamatkan mereka tapi gagal," katanya ketika ditemui. Bapa pasangan kembar, Zulkifli Mat Isa, 46, berkata ketika kejadian, dia berada di Kompleks Bernas berhampiran rumahnya sebelum bergegas ke tempat kejadian dan mendapati kembarnya terbujur kaku di tepi terusan bersama rakan akrabnya, Muhammad Akmal. Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 09 Sep 2011 12:05 PM PDT KUALA LUMPUR: "Saya mengakui ada mengeluarkan kata kesat iaitu 'babi' dan 'anjing' menerusi laman sosial facebook tetapi ia bukan ditujukan kepada peminat, sebaliknya kepada individu yang gemar membuat tohmahan kepada saya selama ini melalui laman sosial terbabit," kata pelakon, Gambit Saifullah, 26. Katanya, perkataan itu digunakan ketika pertikaman lidah bersama individu yang menyamar sebagai peminatnya di facebook dan dia didakwa mengeluarkan kata-kata kesat kerana bengang sejurus dihambur banyak kata makian oleh pengkritiknya itu. Harian Metro 6 Jun lalu melaporkan Gambit pernah menggemparkan industri hiburan tanah air berikutan klip video Marilah Menari nyanyian Prema Yen dan dibintangi Shah Jaszle berbaur lucah dan mendapat tentangan ramai pihak selain didakwa memaki hamun bloger menerusi laman sosial berkenaan. Katanya, perkara itu sudah pun berlarutan lebih empat bulan yang lalu sejak kontroversi klip video terbabit.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan