Harian Metro: Setempat |
Posted: 05 Sep 2011 10:10 AM PDT AMPANG: Gara-gara ingin meleraikan pergaduhan akibat perselisihan faham kerana seorang remaja lelaki bermain mercun di kawasan perumahannya, seorang wanita menanggung kesakitan dan lebam di leher serta belakang badan akibat dipukul menggunakan kayu oleh seorang wanita yang juga jirannya di Taman Kencana, di sini, kelmarin. Mangsa, Maya, 26, berkata dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dia berada di dalam rumah apabila terdengar kekecohan seperti orang bertengkar di luar.
"Sebaik mendekati mereka, saya mendapati seorang remaja lelaki yang juga kenalan anak tiri saya dikepung jirannya itu kerana tidak berpuas hati dengannya yang bermain mercun.
"Saya yang ditemani suami berunding dengan suami jiran itu dan berharap pertengkaran diselesaikan cara baik selain menerima maaf remaja terbabit, tetapi dia mengugut supaya saya tidak masuk campur.
Suspek yang masih tidak berpuas hati kemudian memukul belakang badan mangsa hingga bengkak.
|
Posted: 05 Sep 2011 09:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pelakon pembantu berusia 32 tahun yang membintangi puluhan drama dan beberapa telemovie ditahan polis di sebuah kelab malam di Jinjang, di sini, selepas ujian air kencing mendapati dia dan tiga rakannya termasuk seorang wanita positif dadah, kelmarin. Antara drama dibintanginya ialah siri seram, Nek Nak arahan Jurey Latiff Rosli siaran Astro Ria yang turut menampilkan pelakon veteran, Wan Maimunah dan Mimi Rahzia.
Dalam serbuan kira-kira jam 2.30 pagi yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul itu, semua suspek dibawa ke balai polis selepas ujian saringan air kencing yang dilakukan positif.
"Keempat-empat mereka diarahkan menjalani ujian air kencing sebelum pemeriksaan mendapati mereka positif," katanya.
"Semua mereka direman bagi membantu siasatan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan