Harian Metro: Setempat |
Posted: 09 Sep 2011 12:03 PM PDT SEREMBAN: Kecewa apabila cinta dihalang keluarga, sepasang kekasih nekad minum racun menyebabkan seorang lelaki maut manakala teman wanitanya kini koma di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) di sini. Dalam kejadian jam 8 pagi semalam di rumah di Taman Bunga Sejati, Nyatoh, Rantau, di sini, Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, ditemui kritikal. Seorang jiran, Suthir Baba, 26, menemui pasangan kekasih itu dalam keadaan berpelukan di ruang tamu rumah dengan mulut dan hidung masing-masing berbuih. Suthir berkata, dia menyedari kejadian itu ketika pulang dari bekerja jam 8.20 pagi selepas melihat wanita membuka pintu pagar dan kemudian masuk semula ke dalam rumah.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. |
Posted: 09 Sep 2011 11:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang pegawai sumber manusia kerugian RM10,300 selepas diperdaya seorang ejen pembekal pekerja asing yang berjanji membekalkan sembilan pengawal keselamatan warga asing kepada syarikatnya, tetapi gagal berbuat demikian. Malah, hingga kini, ejen terbabit gagal dihubungi.
Menurutnya, dia menerima arahan daripada majikan untuk mengambil sembilan pengawal keselamatan sebelum menghubungi ejen terbabit dan bertemunya pada 12 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah terkemuka.
"Bagaimanapun, dia berjanji akan meminta pihak syarikatnya untuk berbuat demikian dan mengambil dokumen berkenaan," katanya.
Menurutnya, dia menghubungi ejen terbabit pada 15 Ogos lalu bagi memaklumkan perkara itu dan selepas bersetuju, mangsa meminta nombor akaunnya bagi urusan transaksi pembayaran.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan