Harian Metro: Setempat |
Posted: 20 Sep 2011 09:47 AM PDT MERU: Malang bagi seorang pekerja bengkel apabila dibelasah hingga pengsan sebelum ditinggalkan di tepi jalan penyerangnya yang tersilap sasaran menyerang mangsa untuk membalas dendam terhadap orang lain. Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam pada Sabtu lalu, mangsa yang cedera teruk di mata, muka, kepala dan badan selepas ditumbuk serta dipijak hingga pengsan oleh tiga lelaki warga asing berusia 30-an dimasukkan ke wad Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, dekat sini.
"Rumah saya dengan tempat kerja di bengkel besi kira-kira dua kilometer dan saya biasanya ikut jalan dalam serta tak pakai topi keledar.
Menurutnya, dia tersedar dari pengsan di dalam kereta bapanya, Rosnaini Ahmad, 52, ketika dalam perjalanan ke hospital pada hari kejadian.
"Rakan saya menyatakan selepas didesak berulang kali dua lelaki terbabit mengakui mereka tersilap orang kerana menyangka saya mengugut wang seorang daripada penyerang itu beberapa hari sebelum kejadian.
|
Lagi mangsa ‘projek muzium PDRM’ tampil Posted: 20 Sep 2011 09:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Selepas kegiatan sindiket 'projek muzium PDRM' membabitkan seorang wanita yang dikesan memperdaya 10 usahawan berjumlah RM10 juta disiarkan Harian Metro pada 16 September lalu, lebih ramai mangsa tampil membuat laporan pernah ditipu kumpulan sama. Menggunakan modus operandi sama, kontraktor, Azmi, 40, berkata, dia yang juga jiran suspek utama kerugian RM28,000 selepas menerima tawaran untuk mendapatkan kerja membekalkan peralatan ke muzium berkenaan Mac lalu.
"Mulanya Kak Su menunjukkan pesanan kerajaan berjumlah lebih RM50,000 yang ditandatangani seorang pegawai daripada Bahagian Logistik Bukit Aman menyebabkan saya yakin ia dokumen tulen sebelum menyerahkan bayaran kepadanya," katanya ketika membuat aduan kepada Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat, semalam.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan