Isnin, 10 Oktober 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Pukul adik sampai mati

Posted: 09 Oct 2011 09:48 AM PDT

KUALA KUBU BHARU: Gara-gara tidak puas hati apabila barang kemas yang digadai gagal ditebus adik, seorang wanita disyaki membelasah adiknya sehingga mati dalam kejadian di Kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam, dekat sini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, mangsa, Gurmet Kaur Sedara Singh, 41, dan kakaknya menjamu selera di rumah mereka sebelum berlaku pertengkaran.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Afendy, berkata kakak mangsa berusia 44 tahun dan tinggal serumah dengan mangsa bersama tiga lagi ahli keluarga mereka, dipercayai tidak puas hati apabila barang kemas miliknya gagal ditebus mangsa.

"Perselisihan faham di antara dua beradik itu serta suami mangsa yang berusia 57 tahun bermula sejak petang sebelum menjadi semakin serius pada waktu malam.


"Mangsa dan kakaknya itu bergelut sebelum suspek disyaki membelasahnya sehingga mati. Mayat mangsa ditemui telentang di atas katil bilik tidurnya dengan kesan bengkak di muka dan berdarah pada hidung serta mulut kira-kira jam 7 pagi tadi (semalam)," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Suri baru Lan A To Z

Posted: 09 Oct 2011 09:48 AM PDT

RAWANG: Selepas tiga tahun bersendirian, penyanyi Norazlan Abdul Aziz, 42, atau Lan A To Z akhirnya memilih untuk berkahwin dengan Siti Nur Ain Daud atau Ain, 24, dari Dengkil, Selangor.

Ditemui di Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia (KKDSTTM) di sini semalam, Lan berkata majlis akad nikah mereka akan berlangsung di Masjid Kuala Kubu Bharu pada 11 November dan majlis kenduri akan diadakan keesokannya di KKDSTTM yang menaja sepenuhnya majlis itu Pasangan ini tidak bertunang dan memutuskan untuk terus berkahwin.


Kata Lan, Ain dikenalinya sejak tiga tahun lalu selepas bekas isterinya, Marcella Casissi Shariff atau Cella meninggalkan dia untuk kembali ke sisi keluarganya di England bersama tiga anak mereka. "Ain hadir menjalani ujibakat menyanyi di studio di Gombak dan dari situlah saya tertambat hati dengannya. Saya dapat merasakan kuatnya ikatan antara kami dan selepas itu barulah saya mulakan langkah mendekati ibunya. Daripada situlah bermulanya hubungan kami," katanya.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Darjat dan Itik Gembo-Gembo ini berkata, Ain membantu membuka matanya untuk berkahwin. Bagaimanapun dia lambat membuat keputusan kerana serik dan takut dengan kegagalan rumah tangga lalu. Lan juga mengesahkan ikatan perkahwinan dengan Marcella berakhir secara baik baru-baru ini.


"Cella pulang seorang diri ke Malaysia awal tahun ini untuk selesaikan kes kami. Hubungan kami sekarang hanya sebagai kawan serta ibu bapa terhadap Puteri Nur Aqmar,11, Puteri Nur Syafiqah, 10, dan Puteri Nur Farhana, 4 tahun.


"Dia juga suruh saya bina hidup baru dan saya maklumkan kepadanya mengenai perkahwinan ini. Insya-Allah kalau ada rezeki saya bercadang nak temukan Ain dengan anak-anak di England nanti," katanya.

Mengulas mengenai perkahwinan mereka yang ditaja, Lan berkata ia berlaku secara spontan ketika berkunjung ke KKDSTTM untuk berbincang mengenai urusan perniagaan.


"Saya baru jadi ahli kelab ini sebulan lalu dan hadir untuk mengetahui aktiviti mereka. Ketika berbual mengenai perkahwinan saya, tanpa disangka, penaungnya, Baharuddin Mohd Yusoff bersetuju menaja majlis kahwin saya sepenuhnya. Macam tidak percaya dibuatnya kerana kami bercadang untuk buat urusan yang wajib sahaja.

"Malah saya terharu kerana mereka akan mengadakan majlis mengikut tradisi Melayu sepenuhnya dalam perkahwinan yang bertemakan Pembentukan Tradisional Melayu dengan menjemput ramai tetamu termasuk orang kenamaan," katanya.


Sementara itu, Marcella yang dihubungi menerusi laman sosial facebook mendoakan yang terbaik buat bekas suaminya.


"Saya doakan siapa yang jadi isteri dia di masa depan akan gembira dan semoga murah rezeki dan bahagia sampai ke anak cucu. Saya tahu mengenai hal ini kerana dia dah cerita dan saya suruh dia kenalkan kami sebab dia (Ain) akan jadi ibu tiri anak-anak saya. Dan saya suruh dia (Lan) jaga budak itu elok-elok. Tiada masalah kerana kami tetap keluarga walaupun bukan suami isteri. Saya gembira untuk dia.


"Lan tidak jemput saya lagi tapi nanti bakal isteri dia tidak selesa pula. Lagipun bukan murah nak ke sana. Tapi Lan dah janji yang budak-budak (anak-anak) akan berkenalan dengan Ain melalui skype sebelum bernikah," kata Cella yang mengakui tetap berhubung dengan bekas ibu mentuanya kerana dia seorang yang kelakar.

Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved