Jumaat, 21 Oktober 2011

Harian Metro: BeritaUtama


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Harian Metro: BeritaUtama


Sekali tepuk RM50,000 lesap

Posted: 20 Oct 2011 10:48 AM PDT

BATU PAHAT: Hanya sekadar menepuk bahu, seorang lelaki berwatak alim mampu membuatkan mangsanya secara tanpa disedari menyerahkan geran tanah, wang tunai serta barangan kemas kepada pengamal ilmu pukau terbabit.

Seorang daripada mangsa amalan sihir itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salim dari Seri Medan di sini, berkata dia kerugian RM50,000 dan hanya menyedari dipukau selepas pemeriksaan mendapati wang dalam akauan banknya berkurangan.

Bagaimanapun, lelaki berusia 60 tahun itu bersyukur tidak sempat menyerahkan geran tanah miliknya kerana penipu terbabit menghilangkan diri terlebih dulu. Salim berkata, segala-gala bermula pada awal September lalu selepas dia bersua muka dengan lelaki dikenali sebagai Roslan, 40-an, yang selalu memakai jubah serta kopiah.

"Saya menerima panggilan telefon daripadanya dan bila saya tanya bagaimana dia dapat nombor telefon saya, Roslan memaklumkan kami mempunyai naluri rasa yang sama.


"Tanpa membuang masa, Roslan menawarkan peluang perniagaan yang boleh menjana pendapatan lumayan namun saya menolaknya dengan baik dan mengatakan tidak berminat dengan urus niaga seperti itu," katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Anak terkulai di pangkuan

Posted: 20 Oct 2011 10:38 AM PDT

MUAR: "Saya akhirnya berjaya menggapai tangan Adik dan terus menggoncang badannya tetapi semuanya sudah terlambat kerana nafasnya ketika itu sudah terlalu lemah. Adik kemudian terkulai di pangkuan saya," kata Junaidah Zaningin, 40, di sini, kelmarin.

Anak bongsunya yang berumur empat tahun, Muhammad Ismail Hamdan atau lebih mesra dipanggil 'Adik', meninggal dunia apabila terjatuh ke dalam perigi berhampiran rumah mereka di Kampung Tulang Gajah, Lenga pada jam 10 pagi kelmarin.


Ketika ditarik keluar, Muhammad masih lagi bernyawa tetapi disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenga.

Mengimbau kejadian, Junaidah berkata, mereka berdua sedang mandi di perigi berkenaan apabila Muhammad tiba-tiba tergelincir dan terjatuh ke dalamnya.


"Sepanjang mandi, Adik memegang kain basahan yang saya pakai untuk mengelakkan dia daripada terjatuh tetapi entah bagaimana, tangannya tiba-tiba terlepas.


"Seketika kemudian, Adik sudah terjatuh ke dalam perigi sedalam kira-kira satu meter itu. Saya cuba untuk menggapai tangannya tetapi gagal," katanya.

Menurut Junaidah, dia akhirnya berjaya menggapai tangan Muhammad dan mendapatkan bantuan jiran untuk menghubungi suaminya, Hamdan Abdul Hamid berusia 40-an, bagi memaklumkan kejadian itu.


Katanya, Hamdan yang bekerja di Bukit Kepong bergegas ke klinik itu untuk melihat keadaan Muhammad.

"Bagaimanapun Adik disahkan meninggal dunia ketika tiba di klinik berkenaan. Walaupun sedih, kami reda dengan kejadian ini," katanya.


Menurut Junaidah, sehari sebelum kejadian, anak bongsu lima beradik itu turut berperangai pelik.


"Adik cukup gembira malah kerap mengusik adik beradiknya. Kami tidak sangka ia petanda Adik bakal kembali kepada-Nya buat selamanya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian.


"Kami sudah mengambil keterangan daripada individu berkaitan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.hmetro.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Harian Metro

Copyright 2010 All Rights Reserved